::SALAM PMUKM::

SUKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (SUKEM)

Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) merupakan kejohanan sukan tahunan Universiti Kebangsaan Malaysia yang julung kali diadakan. Kejohanan ini diharapkan menjadi mekanisma untuk mencungkil bakat dan seterusnya sebagai landasan untuk ke kejohanan seperti Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Sukan Universiti Asia (SUA) dan Sukan Universiti Dunia. Konsep pelaksanaan pada tahun ini ialah Pusat Sukan merupakan urusetia dengan kerjasama kolej kediaman dan dibantu oleh Kelah-kelab Sukan. Tarikh kejohanan SUKEM pada kali ini ialah bermula 25 September hingga 6 Oktober 2010.

Antara objektif SUKEM ini diadakan ialah:

  • Meningkatkan kesedaran dan penglibatan para pelajar di dalam kegiatan sukan melalui pertandingan
  • Mengenal pasti bakat-bakat baru untuk diserapkan ke dalam pasukan universiti bagi kejohanan diperingkat yang lebih tinggi seperti MASUM dan SUA.
  • Meningkatkan prestasi sukan pelajar ke arah kecemerlangan sukan universiti.
  • Menanamkan ciri-ciri disiplin yang baik dan semangat cintakan universiti.
  • Meningkatkan interaksi kaum dan silaturrahim antara pelajar-pelajar.



Sebanyak 16 acara yang bakal dipertandingkan pada temasya SUKEM tahun ini iaitu:-

BIL

JENIS SUKAN

TARIKH

TEMPAT

1

Badminton

25-26 Sept

Dewan MPKJ Sek. 15

2

Olahraga

25-26 Sept

Stadium UKM

3

Silat Olahraga

25-26 Sept

Dewan Tun Abdullah Salleh

4

Ping Pong ©

25-26 Sept

Dewan Gemilang

5

Catur ©

25-26 Sept

Dewan Gemilang

6

Tenis

25-26 Sept

Gelanggang Tenis

7

Softball

25-26 Sept

Padang Softball

8

Sepak Takraw

25-26 Sept

Gelanggang Sepak Takraw

9

Bola Sepak

25-26 Sept

Padang Bola Sepak UKM

10

Bola Jaring

2-3 Okt

Gelanggang Bola Jaring

11

Bola Keranjang

2-3 Okt

Gelanggang Bola Keranjang

12

Berbasikal

2-3 Okt

Kampus UKM Bangi

13

Woodball

2-3 Okt

Stadium UKM

14

Futsal (L & W)

2-3 Okt

Gelanggang Tenis (1,2,3,4)

15

Taekwando

2-3 Okt

Dewan Gemilang

16

Ragbi

3 Okt

Padang Ragbi

17

Perbarisan (Penutup)

6 Okt

Stadium UKM

*Para atlet badminton diminta untuk berkumpul di stadium UKM pada pukul 7.00 pagi untuk kenderaan ke Dewan MPKJ Seksyen 15.

Sebanyak 13 pasukan layak untuk menyertai Kejohanan SUKEM kali ini iaitu:-

  • Kolej Dato’ Onn (Kuning)
  • Kolej Aminuddin Baki (Biru Gelap)
  • Kolej Ungku Omar (Ungu)
  • Kolej Burhanuddin Helmi (Hijau)
  • Kolej Ibrahim Yaakob (Hitam)
  • Kolej Rahim Kajai (Merah)
  • Kolej Antarabangsa Ibu Zain (Maroon)
  • Kolej Keris Mas (Oren)
  • Kolej Tun Syed Nasir (Putih Merah)
  • Kolej Idris Al-Marbawi dan Penginapan di Luar Kampus (Biru Gelap)
  • Kolej Tun Hussein Onn (Kuning Coklat)
  • Kolej Tun Dr. Ismail (Biru Kuning)
  • Kolej Pendeta Za’ba (Merah Hitam)


Setiap peserta hanya dibolehkan mewakili satu kolej sahaja. Pelajar-pelajar yang mewakili mana-mana kolej atau pasukan mestilah merupakan pelajar UKM sepenuh masa dan mendaftar serta menginap di kolej tersebut 14 hari sebelum kejohanan bermula kecuali pelajar yang menginap di luar kampus.

*Maklumat tambahan:-

  • Undang-undang permainan antarabangsa yang berkuatkuasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan kecuali apa yang tercatat dalam undang-undang dan Peraturan Khas pertandingan permainan tersebut.


  • Kejohanan akan berlangsung pada 25 September hingga 6 Oktober 2010. Semua pengesahan penyertaan perlu disampaikan kepada Urusetia Jawantakuasa SUKEM 10 hari sebelum bermulanya kejohanan.

  • Pasukan Kolej Idris Al-Marbawi dan Pasukan Luar Kolej (NHO) akan diletakkan di bawah penyelarasan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Johan keseluruhan akan ditentukan seperti berikut:-

·

#Pasukan yang memenangi JOHAN terbanyak dikira pemenang.

#Jika masih seri, pasukan yang memenangi NAIB JOHAN terbanyak dikira menang.

#Jika masih seri, pasukan yang memenangi TEMPAT KETIGA terbanyak dikira

pemenang.

#Jika masih seri, LAMBUNGAN DUIT akan digunakan untuk menentukan pemenang.


  • Pasukan diminta menyediakan minuman sendiri semasa pertandingan berlangsung.

  • Setiap pasukan mestilah berada di lokasi kejohanan 15 minit sebelum masa yang ditetapkan bagi pertandingan itu bermula serta untuk melancarkan pergerakan acara.

  • Bagi pertandingan perbarisan, pertandingan akan diadakan pada 6 Oktober 2010 (Rabu) jam 8.30 malam bertempat di stadium. Acara ini sekaligus diadakan bersama acara penutup.

  • Segala maklumat tambahan yang lain boleh didapati di Pusat Sukan UKM, Exco Sukan

& Rekreasi PMUKM dan juga JAKSA Sukan kolej masing-masing.


-MAJULAH SUKAN UNTUK UKM-

SUMBER: PUSAT SUKAN UKM/EXCO SUKAN & REKREASI PMUKM


::SALAM PMUKM::


PERUTUSAN RAMADHAN 1431 H

PRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA PMUKM


Assalamualaikum W.B.T

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Salam PMUKM

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan keizinanNYA kita masih lagi diberi peluang dan ruang untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan ini. Dikesempatan ini saya mewakili kepimpinan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada warga kampus UKM yang mana ia termaktub di dalam rukun islam yang ketiga.

Seperti yang sedia maklum apa yang kita lakukan dalam bulan ini akan mendapat balasan berganda. Malahan, nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dan iblis dirantai oleh Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Di harapkan Ramadhan 1431 H yang bertandang ini kita guna sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar menahan lapar semata-mata. Tetapi puasa adalah menahan lapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Sesungguhnya, bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah S.W.T sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hambaNya. Allah S.W.T tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah S.W.T pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu." INSYAALLAH

“MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI”

TULUS IKHLAS,

MOHD HAMZAH ZAINUL ABIDIN

PRESIDEN PMUKM


::SALAM PMUKM::

Sekalung tahniah buat Yang Berbahagia Prof. Dr. Sahrim Ahmad, dan Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahidan Radiman di atas perlantikan sebagai Dekan dan Timbalan Dekan Prasiswazah, Alumni, & Hubungan Masyarakat Fakulti Sains & Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masing-masing.

Atas perlantikan itu, MPP FST Tahun 3/4, saudara Firdaus dan saudara Rasydan Rais, telah mengambil inisiatif untuk berjumpa Timbalan Dekan, Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahidan Radiman pada 3 Ogos 2010, bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan agenda kebajikan mahasiswa/i FST khususnya. Selain itu, turut dibincangkan ialah keperluan-keperluan berkaitan kepentingan akademik mahasiswa/i.

Antara agenda yang dibincangkan ialah berkenaan Latihan Industri, prasarana di dewan kuliah, dan penyertaan mahasiswa/i FST dalam seminar-seminar akademik.


Saudara Firdaus dan Prof. Shahidan sedang berbincang dengan kehadiran seorang alumni sains nuklear



i) LATIHAN INDUSTRI

Ulasan :

Seperti yang semua sedia maklum, Latihan Industri yang bakal dijalankan oleh mahasiswa/i FST akan dijalankan pada semester 3 tahun akhir, selama 3 bulan. Sehubungan itu, MPP FST Tahun 3/4 mencadangkan agar prosedur permohonan untuk Latihan Industri ini dilakukan terlebih awal untuk memastikan mahasiswa/i FST dapat menjalani Latihan Industri di syarikat yang ternama yang memerlukan permohonan lebih awal. Latihan Industri yang dijalankan pada waktu ini amat bagus dan strategik, dan membolehkan mahasiswa/i UKM mendapat peluang untuk bekerja secara tetap dengan syarikat tempat mereka menjalankan Latihan Industri. Hal ini juga dapat meningkatkan kedudukan UKM dalam konteks kebolehpasaran pelajar di peringkat IPTA/IPTS.

Respons :

Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahidan Radiman akan membawa perkara ini ke mesyuarat pentadbiran Fakulti Sains dan Teknologi dan memohon mencadangkan pengeluaran surat dan taklimat Latihan Industri lebih awal kepada mahasiswa/i FST yang terlibat.

ii) PRASARANA DI DEWAN KULIAH

Ulasan :

MPP FST 3/4 memandang serius berkenaan keadaan prasarana dan peralatan di dewan kuliah kerana prasarana dan peralatan seperti kerusi, meja dan alat bantuan proses pengajaran dan pembelajaran merupakan keperluan asas dalam menyampaikan kuliah, dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara harmoni tanpa sebarang gangguan. Justeru, MPP FST 3/4, memohon jasa baik Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahidan Radiman untuk membawa perkara ini ke pengetahuan unit teknikal FST. Dari pihak MPP FST 3/4, perkara ini telah dibawa ke pengetahuan Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) UKM untuk membuat penambahbaikan, dan merekonstruk semula prasarana dan peralatan dalam dewan kuliah yang telah uzur.

Respons :

Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahidan Radiman juga memandang serius perkara ini dan mengharapkan para pelajar dapat memberi kerjasama yang baik dengan membuat laporan kepada MPP FST untuk tindakan seterusnya.

iii) PENYERTAAN MAHASISWA/I FST DALAM SEMINAR AKADEMIK

Ulasan :

Memandangkan seminar-seminar akademik yang dianjurkan oleh FST disampaikan oleh tokoh-tokoh akademik dalam dan luar negara kebanyakannya hanya melibatkan golongan siswazah dan ke atas, MPP FST 3/4 terpanggil untuk mencadangkan agar mahasiswa/i Prasiswazah diberikan peluang untuk menyertai seminar akademik untuk memantapkan lagi pemahaman dalam bidang yang diceburi. Seminar-seminar akademik ini penting dalam usaha melahirkan mahasiswa/i FST yang mempunyai daya intelek yang tinggi, dan minda kelas pertama selain menggalakkan mereka untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Respons :

Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahidan Radiman bersetuju dengan perkara yang dipohon, dan menyatakan beliau akan membantu dengan membawa perkara ini ke pengetahuan Dekan FST, dan mencuba memberi ruang kepada mahasiswa/i Prasiswazah FST untuk menyertai seminar-seminar akademik anjuran FST mahupun jemputan luar secara percuma mengikut kemampuan kewangan fakulti.


"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"




sekadar hiasan

::SALAM PMUKM::
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) dengan kerjasama Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd (RapidKL) ingin menawarkan perkhidmatan bas sewa khas sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.


DESTINASI & HARGA TAMBANG


KAWASAN UTARA
  1. Pulau Pinang - RM 40.00
  2. Ipoh - RM 23.00
  3. Telok Intan - RM 16.00
  4. Tg. Malim - RM 12.00

KAWASAN TIMUR

  1. Temerloh - RM 17.00
  2. Kuantan - RM 27.00

KAWASAN SELATAN

  1. Seremban - RM 11.00
  2. Melaka - RM 14.00

Untuk permohonan ke destinasi-destinasi lain, atau sebarang pertanyaan boleh hubungi: Saudara Rasydan - 013-2509846
rasydanpmukm@gmail.com


Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan borang di bilik PMUKM aras 3, PUSANIKA.

Tarikh tutup permohonan 13 OGOS 2010. Permohonan atau borang yang dihantar selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Harap Maklmum.


:: SALAM PMUKM::

PENYERAHAN BUKU AKAUN AMANAH SAHAM 1 MALAYSIA
KEPADA PELAJAR TAHUN 1, SESI 2009/2010
BAGI KAMPUS UKM BANGI,UKMKL DAN PPUKM


Sukacita dimaklumkan kepada pelajar Tahun 1 Sesi 2009/2010 yang telah membuka Akaun Amanah Saham 1 Malaysia (ASIM) diminta datang pada:

UKM Kampus Bangi :

Tarikh : 26 & 27 Julai 2010 (Isnin & Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Temuduga,Unit Kebajikan Pelajar, JPPel, Pusanika,UKM

UKM Kampus Kuala Lumpur & PPUKM


Tarikh : 4 & 5 Ogos 2010 (Rabu & Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Ruang Legar, Tingkat 1 Blok E (TIBE),UKMKL


Sebarang pertanyaan sila tetefon atau hubungi di talian
03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)