:: Salam PMUKM::

Bangi, 24 Mac 2010 - Satu kunjungan mesra telah di terima oleh PMUKM pada Rabu yang lalu dari "kampus ceria" iaitu Universiti Malaysia Sabah. Ketibaan barisan kepimpinan UMS telah disambut baik oleh barisan pimpinan PMUKM yang diketuai oleh Saudara Hamzah. Dikesempatan yang ada barisan kepimpinan diantara UKM dan UMS telah bertukar-tukar pandangan mengenai corak pentadbiran masing-masing bagi melakukan penambahbaikan terhadap organisasi masing-masing agar dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.



::Salam PMUKM::

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DIATAS
DARJAH SERI UTAMA

YANG di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, berkenan mengurniakan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, sempena Hari Keputeraan baginda Ke-62 di Balairong Sri Istana Besar Seri Menanti hari ini.


























KUALA PILAH: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, hari ini menerima anugerah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati DK Kelantan (Al-Yunusi) daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Anugerah itu disampaikan Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhamaad Fa'iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, yang mewakili Pemangku Raja Kelantan pada istiadat yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti dekat sini.


::Salam PMUKM::

Taklimat Program Pengurusan Kredit Pinjaman (Program PKP)

Dimaklumkan satu taklimat mengenai Pengurusan Kredit Pinjaman oleh NPL Consultant Sdn Bhd akan diadakan pada:

Tarikh : 23 Mac 2010 (Selasa)
Masa : 1400-1700
Tempat : Dewan Kuliah 2, Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM.


Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberikan formula baru bagi membantu

mengutip semula hutang tertunggak dan meringankan beban yang ditanggung
oleh badan-badan pemberi pinjaman terutamanya PTPTN.

:: Salam PMUKM::

22/Mac/2010 - Pengakreditasi UKM kearah INSTITUSI SWA-AKREDITASI melalui Audit Institusi MQA 2010 telah dijalankan di Bilik Bankuasi pada Jam 1-2 petang. Proses ini telah dijalankan oleh 9 orang ahli panel MQA terhadap mahasiswa/i UKM yang terdiri daripada pelajar yang mengikuti ijazah sarjana dan pelajar yang mengikuti program Master dan PhD yang mana merupakan pelajar antarabangsa.

Objektif Audit Institusi adalah untuk menilai kemampuan sesuatu institusi dalam mengendalikan sistem pendidikan secara menyeluruh mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) serta piawaian yang ditetapkan dalam kod-kod amalan untuk akreditasi program dan audit institusi yang dibangunkan oleh MQA.

Penganugerahan status Institusi Swa - Akreditasi kepada UKM akan menandakan UKM diiktiraf sebagai mempunyai sistem jaminan kualiti dalaman yang utuh maka UKM akan diberikan autonomi dan keistimewaan tertentu dalam pengurusan program pengajian.

Kod Amalan Jaminan Kualiti

::SALAM PMUKM::

Bangi, 21 Mac- Mesyuarat kali pertama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan pada 16 Mac 2010, jam 9.00 malam bertempat di bilik Gerakan HEP. Seramai 31 orang MPP mesyuarat ini. Mesyuarat dimulakan dengan aluan Speaker , Saudara Abdul Muin, dan seterusnya mengesahkan minit mensyuarat pembentukan jawatankuasa tertinggi PMUKM sesi 2009/2010.

Mesyuarat kali pertama ini memfokuskan perkara berkaitan kebajikan. Dimana, tiga(3) exco kebajikan menerangkan mengenai portfolio masing-masing.
  • Mohd Rasydan Mohd Rais- Exco Prasarana,Keselamatan & Pengangkutan
(penambahbaikan prasarana, kecurian,gangguan seksual,unit kebajikan pelajar)

  • Yong Yoon Kian- Exco Air,Tenaga & Komunikasi
( ketiadaan air dikolej, gangguan bekalan elekrik dan wireless)

  • Nasiha Sakina- Exco Hal Ehwal Pengguna & Kesihatan (tidak hadir & bersebab)
4 usul telah mendapat perhatian dan majoriti suara ahli yang bersidang.
Usul-usul adalah seperti berikut:

1) Mahasiswa/i yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital berdekatan dipindahkan ke HUKM sekiranya perlu
(Usul diterima dengan pindaaan)

2) Penambahan router di tempat-tempat kritikal untuk meningkatkan pencapaian internet serta servis berkala untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan internet.
(Usul diterima dengan pindaan)

3) Ketidakhadiran mana-mana MPP ke mesyuarat untuk membentangkan laporan gerak kerja perlu mencari wakil(dalam kalangan MPP) untuk pembentangannya dan setiap exco hendaklah memaklumkan perkembangan gerak kerja masing-masing kepada semua MPP.

4) PMUKM perlu menyediakan laporan kewangan perbelanjaan setiap aktiviti yang dijalankan oleh PMUKM bermula pada sesi 09/10 dan perlu dibentangkan kepada semua MPP pada akhir sesi.

Mesyuarat ditangguhkan pada masa yang akan diberi tahu kelak.

"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"







::SALAM PMUKM::

16/3/10, Selasa - Unit Kebajikan Pelajar (UKP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ke Klang, bagi melawat dan menziarah keluarga Allahyarhamah Azirah dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP). Arwah yang merupakan mahasiswi Kolej Keris Mas, tahun 1, telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Disember 2009 akibat sakit buah pinggang. UKP yang diwakili oleh Puan Ruslinah telah mengambil inisiatif untuk menyumbangkan sedikit bantuan kewangan untuk keluarga mangsa. Turut hadir sama ialah Exco Prasarana, Keselamatan, Dan Pengangkutan, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Saudara Mohd Rasydan bin Mohd Rais, dan En. Anuar dari Unit Kenderaan, UKM.












Pangkalan Data Percubaan PTSL -IGI Global (InfoSci-Journals & InfoSci-Books) dan IndianJournals.com

Pangkalan Data Percubaan PTSL -IGI Global (InfoSci-Journals & InfoSci-Books) dan IndianJournals.com

Sila klik Pangkalan Data Percubaan untuk akses kepada InfoSci-Journals & InfoSci-Books yang merangkumi bidang teknologi, sains komputer dan pengurusan penyelidikan teknologi maklumat serta IndianJournals.com yang mempunyai koleksi dari pelbagai bidang.

:: Salam PMUKM ::

Bangi, 17 Mac- MPP telah menerima aduan mengenai Pendaftaran Semester 3 yang dijadualkan bermula dari 15 Mac dan berakhir pada 19 Mac 2010. Antara isu yang dibangkitkan ialah :