::SALAM PMUKM::


ATTENTION

A FEW COLLEGE IS FACING WATER SUPPLY PROBLEM, DUE TO DEMAND OVERLOAD. WATER TANK WILL COMING IN TODAY. PLZ USE WATER IN WISELY IN ORDER TO SAVE WATER. TQ

"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"


::SALAM PMUKM::



Nama pelajar yang terlibat boleh dilihat di papan kenyataan PMUKM, tingkat 3 bangunan Pusanika.


"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"






:: SALAM PMUKM::

Mohon perhatian mahasiswa/i UKM yang menggunakan windos vista dan mengalami masalah untuk mendapat capaian jaring,klik PENYELESAIAN bagi mengatasi masalah yang anda hadapi.

"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"

OPEN HOUSE PMUKM

0 Comments Posted by TUNJANG UKM at 5:31 PM


 Allahyarham  Encik Mohamad Mustafa Mohtar 
Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar
 Universiti Kebangsaan Malaysia


::SALAM PMUKM::
7 September 2010, Selasa bersamaan 28 Ramadhan 1431 h, Timbalan Pendaftar JPpel
 telah kembali ke rahmatullah.Beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.30 pagi.
 PMUKM mewakili semua mahasiswa/i UKM mengucapkan takziahkepada ahli keluarga 
beliau.Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang 
yang beriman. amin.


Untuk renungan bersama:
Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri


Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?


:: Salam PMUKM::


Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) telah berdiskusi dan berdialog serta turut menghadiri Majlis Berbuka Puasa khas bersama Prof Tan Sri Drs. Da'i Bachtiar, Duta Besar dan Berkuasa Penuh Republik Indonesia di Malaysia pada 03 September 2010 bersamaan 23 Ramadhan 1431 H di Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur. Bual bicara tersebut berkisar tentang kebiadapan penunjuk perasaan yang membakar Jalur Gemilang dan membaling najis ke atas kedutaan Malaysia di Indonesia. PMUKM berpendirian perilaku biadap ini harus dihentikan dan pihak berkuasa Republik Indonesia perlu bertindak dengan efektif demi memastikan hubungan yang sihat antara kedua negara dapat dilestarikan. PMUKM juga kesal dengan tindakan tersebut yang boleh membahayakan nyawa dan mengancam pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia yang berjumlah 6000 orang pada masa ini.


Menurut Duta Besar tersebut, pihak pemerintah Indonesia amat dukacita dengan insiden tersebut dan memohon maaf atas kebiadapan penunjuk perasaan yang sengaja memperbesarkan isu penahanan Tiga orang petugas Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia pada 13 Ogos 2010 yang lalu demi kepentingan peribadi individu tertentu. Duta Besar tersebut juga turut membacakan amanat khas Presiden Republik Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) mengenai isu "Ganyang Malaysia" seri terbaru tersebut. Amanat tersebut antara lain menyatakan bahawa hubungan Indonesia - Malaysia adalah pillar penting dalam menjayakan ASEAN yang dibentuk hasil daripada cetusan Malaysia dan Indonesia. Sejarah hubungan Malaysia- Indonesia sudah termetri sekian lama dan boleh dianggap seperti " Adik- Beradik" yang saling memerlukan antara satu sama lain. Keadaan ini ditonjolkan dengan keunikkan kebudayaan yang dikongsi bersama antara kedua buah negara ini.



Hubungan yang erat antara kedua negara ini perlu dikekalkan dan demi menjadi tunjang perpaduan dan keharmonian Nusantara khususnya dan kegemilangan ASEAN khasnya. Delegasi PMUKM ke majlis tersebut diketuai Oleh Presiden PMUKM Saudara Mohd Hamzah Zainul Abidin dan Setiausaha Agong PMUKM Saudara Mohd Kamal Ali.


" Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"








::SALAM PMUKM::
&
::SALAM KEMERDAKAAN::

Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat ALLAH S..W.T atas kesejteraan dan keamanan yang telah diberikan kepada bumi Malaysia. TAHNIAH & SYABAS!! untuk Rakyat MALAYSIA. Hari ini tanggal 31 Ogos 2010, sudah 53 tahun kita mengecapi dan berjaya mempertahan kemerdekaan bumi bertuah ini. Pelbagai cabaran, dugaan, pahit manis telah dilalui bagi memastikan MALAYSIA terus bebas dari sebarang bentuk jajahan.

Kini, Ayuh, sedarlah bangsaku,
MERDEKA bukan semata-mata bebas dari taklukan satu kuasa terhadap sebuah negara,
Bebaskan diri daripada segala belenggu yang mampu mengakibatkan pemikiran kita dijajah.
Tiada erti merdekannya negara, bilamana jiwa dan pemikiranmu masih dijajah... renung-renungkan..



RENUNGKANLAN SIAP BAIT SAJAK DIBAWAH:

Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama


Generasiku yang merdeka,
Kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan ini
Andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam
Kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan ini
Jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan
Kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian ini
Kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita,
Saudara sebangsa ku.
Di sinilah halaman mesra kita,
Halaman pusaka – pusaka pejuang terbilang
Halaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah,
Halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri,
Mengorak maju bersama perbawa pemimpin,
Menyantap damai berkat perpaduan warga,
Moga kekal selamanya.

sumber: penyair.wordpress.com





"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"

:: Salam PMUKM::


Sudahkah anda mahasiswa/mahasiswi UKM mendaftar sebagai pemilih yang akan menentukan pentadbiran negara?? suruhanjaya pilihan raya malaysia mengeluarkan perangkaan bahawa hampir separuh atau lebih pelajar IPT tidak mendaftar sebagai pemilih. atas kesedaran itulah pihak PMUKM merasakan bahawa menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan setiap dari kita adalah pemilih yang akan menentukan jatuh bangun, maju mundurnya negara kita ini..


jika anda

  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • belum pernah mendaftar sebagai pemilih

ayuh tunaikanlah kewajipan anda sebagai warganegara yang bertanggungjawab. kaunter daftar pemilih anjuran PMUKM akan beroperasi dari 10 pagi - 5 petang setiap hari.



"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"

::SALAM PMUKM::

Barisan Kepimpinan PMUKM mewakili seluruh mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin diatas perlantikan semula sebagai Naib Canselor UKM berkuatkuasa mulai 28 Ogos 2010 hingga 27 Ogos 2012. semoga dengan perlantikan semula Ybhg Tan Sri dapat memberi nafas baharu dalam arena pendidikan tinggi negara khususnya di UKM untuk terus menjadi universiti terkehadapan dunia menjelang 2018.

Bersama kita "Mengilham Harapan Untuk Mencipta Masa Depan"


"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"


:: SALAM PMUKM::


Jabatan Perdana Menteri dengan usaha sama Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) serta Pusat Islam UKM dan Kolej-Kolej Kediaman telah berjaya menganjurkan Program Sahur Bersama Rakyat pada 18 & 19 ogos 2010 yang telah berlangsung di Masjid UKM, Bangi. program yang penuh kesederhanaan ini dianjurkan julung-julung kalinya bagi mengimarah dan meraikan bulan pesta ibadat bulan ramadhan yang mulia ini.


Antara Jemaah yang bertadarus


program tersebut bermula selepas solat terawih dengan tadarus Al-quran mengambil tempat sebagai acara pembukaannya. selesai bertadarus para jemaah beriktiqaf dan tidur di masjid. acara seterusnya disambung dengan para jemaah bersama-sama berqiamulail dengan tetamu khas yang hadir iaitu Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Yang Berhormat (YB)Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Haji Shahlan Haji Ismail. Hadir sama ialah ayahandaTimbalan Naib Canselor (HEPA) Prof. Dato Dr. Muhammad Abdul Razak.Qiamulail tersebut di pimpin oleh Ustaz Mohd Fuad Al-Hafiz, Pegawai Pusat Islam UKM.

para jemaah seterusnya bersahur bersama-sama YB Timbalan Menteri dan Ybhg Datuk Haji Shahlan dengan mengguna Talam dengan mengambil pendekatan yang lebih mesra dan untuk merapatkan ukhwah sesama muslim.

Solat Subuh berjemaah dipimpin oleh Ybhg Datuk Haji Shahlan yang seterusnya memberi Tazkirah subuh yang bertajuk Kepimpinan Islam. "Kupasan tajuk yang begitu baik oleh Ybhg Datuk Haji Shahlan telah berjaya membuka minda saya selaku mahasiswa yang masih mencari-cari adakah hanya dengan politik kepimpinan itu mampu signifikan. kini saya lebih mengerti tentang kepimpinan islam yang syumul" kata Ariff salah seorang jemaah yang turut hadir.

Ybhg Datuk Haji Shahlan menyampaikan Tazkirah Subuh

Antara Pegawai Kanan UKM yang hadir turut kelihatan
Ybhg Prof. Dato Dr. Muhammad Abdul Razak TNC HEPA

Jemaah yang mendengar dengan penuh minta tazkirah yang disampaikan oleh
Ybhg Datuk Haji Shahlan

Barisan pimpinan PMUKM merakamkan setinggi penghargaan buat Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pusat Islam UKM, Kolej-Kolej Kediaman dan semua jemaah yang hadir bagi menjayakan Program Sahur Bersama Rakyat tersebut.


"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"