:: SALAM PMUKM::

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirai kurang daripada 24 jam. Kita bakal melangkah ke tahun baru 2011 dengan azam yang baru. PMUKM membuka tirai pada tahun 2011 dengan satu program yang diberi nama KARNIVAL SUKAN PMUKM 2011.

Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghubungi nama seperti yang tertera dalam poster atau terus ke Bilik PMUKM aras 3, bangunan pusanika. Peyertaan adalah terbuka.

Jom datang beramai-ramai ke Kompleks Sukan UKM, bermula 7 Januari- 9 Januari 2011....

"Membudayakan Sukan, Kesihatan Gemilang"

:::SALAM PMUKM:::


Sila ambil perhatian kepada semua rakan-rakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, terdapat beberapa individu yang sudah di kenal pasti bergiat menyebarkan 'flayers' haram yang menggunakan logo dan nama PMUKM untuk menyebarkan dakyah dan propaganda sempit bagi mengaburi mata mahasiswa UKM.



Presiden PMUKM saudara Mohd Hamzah Zainul Abidin menyatakan kekesalannya berhubung isu tersebut dan meminta semua mahasiswa tidak terpedaya dengan segala berita yang dibawakan oleh individu tidak bertanggungjawab tersebut. "Saya tidak sangka masih ada pihak yang ingin mendapatkan publisiti dengan jalan mudah tetapi menipu dengan cara begini. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini menjadikan undang-undang rimba sebagai amalan bagi memperdaya mahasiswa" tambah beliau lagi. Untuk itu beliau meminta semua mahasiswa UKM agar berhati-hati dengan perkara tersebut.

Sementara itu, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Kolej (JAKSA) yang melaporkan kejadian ini juga menyifatkan perbuatan individu tersebut menampakkan sentimen politik yang ingin dimainkan tetapi mengheret mahasiswa ke lembah politik sempit dan jumud dengan menipu dan penuh kepura-puraan. "Semua edaran dan 'flayers' yang memasuki kolej kediaman perlu mendapatkan kelulusan JAKSA terlebih dahulu. Individu yang menyebarkan 'flayers' ini kami tahan dan ternyata tidak pernah mendapatkan kebenaran JAKSA".



Ahli Majlis Tertinggi PMUKM saudara Mohd Kamal Ali turut melihat situasi ini sebagai 'agenda sulit' yang penuh dengan tipu daya bagi menjatuhkan maruah dan reputasi PMUKM. Beliau turut memetik ayat Al-Quran dari surah Al- Hujurat yang mana maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman ! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenaranya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya), sehingga kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Beliau yang juga bertanggungjawab ke atas semua urusan dokumentasi dan logo PMUKM menyatakan bahawa tidakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini merupakan satu bentuk ancaman kepada mahasiswa UKM kerana lambang PMUKM merupakan manifestasi penyatuan semua mahasiswa UKM.

Satu laporan polis telah dibuat oleh PMUKM mengenai hal ini dan semua urusan mengenainya akan dilakukan oleh pihak Polis di Raja Malaysia dengan kerjasama Wisma Aman UKM.



Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti


::SALAM PMUKM::

PENGUMUMAN
UNIT KEBAJIKAN PELAJAR

PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN BAGI KURSUS PERINGKAT DIPLOMA DAN SIJIL TEMPATAN BAGI SESI PENGAJIAN 2011/2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Negeri Sembilan mempelawa pelajar-pelajar anak Negeri Sembilan yang berkelayakan utuk memohon Pinjaman Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di institusi-institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh Yayasan Negeri Sembilan.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri Sembilan dan melalui web www.yns.org.my

Permohonan dibuka :

  • 1 Januari-28 Februari (bagi sesi kemasukan Januari)
  • 1 Jun -31 Julai (bagi sesi kemasukan Julai)
Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Bahagian Pendidikan
Yayasan Negeri Sembilan
Tkt 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan,
Jalan Yam Tuan,
70000 Seremban
Tel: 06- 7628046
Website: www.yns.gov.my
Email: admin@yns.gov.my

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungidi talian 03-89215316- Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

sumber: unit kebajikan pelajar



::SALAM PMUKM::

Hasil mesyuarat Exco PMUKM dengan Ahli MPU pada 14 Oktober 2010 adalah seperti berikut:


( Isu yang dibangkitkan berkaitan Pusat Perkembangan Pelajar,PPP)




(Maklumbalas berkaitan isu diatas)




(Masalah gangugan liar dan tindakan yang bakal di ambil)

Pihak PMUKM berharap mahasiswa/i UKM untuk terus memberikan kerjasama untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Insyaallah.

P/s:: mohon sebar kepada semua mahasiswa/i UKM

"Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti"

Keputusan Mesyuarat Bersama Pendaftar :

  1. Tarikh : 27/10/10
  2. Masa : 1430-1630
  3. Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftar, Aras 5, Canselori, UKM.

Kehadiran :

  1. En. Ab. Aziz Othman - Pendaftar
  2. Mejar Houssaini Abdul Ghani - Ketua Pegawai Keselamatan
  3. En. Mursidi Ahamad - Ketua Bahagian Pentadbiran Am/Setiausaha
  4. En. Khalid Sameon - Penolong Pendaftar Unit Kenderaan
  5. Sdr. Hamzah - Presiden PMUKM
  6. Sdr. Hazwan - Timbalan Presiden PMUKM
  7. Sdr. Rasydan - Exco PMUKM

Isu Pengangkutan :

  1. UKM bersetuju untuk membeli bas baru tetapi tertakluk kepada kewangan Universiti
  2. Jabatan Pendaftar sentiasa menyediakan kemudahan pengangkutan untuk aktiviti pelajar, dan 95% tempahan kenderaan untuk aktiviti pelajar telah dipenuhi. 5% tempahan yang tidak dapat dipenuhi adalah tempahan yang tidak mengikut prosedur iaitu tempahan yang dibuat pada saat-saat akhir dimana kenderaan tidak dapat disediakan oleh pihak Universiti dan juga pihak syarikat luar.Peringatan kepada pelajar, sekiranya program tidak jadi atau pelajar tarik diri, sila maklumkan sekurang-kurangnya 2,3 hari sebelum tarikh program. UKM terpaksa membayar tempahan bas walaupun anda tidak menggunakannya.
  3. Pelajar dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak berebut ketika menaiki kenderaan UKM
  4. UKM akan mengkaji balik jadual perkhidmatan bas, dan aliran perjalanan bas. Segala perubahan selepas ini akan dimaklumkan.

Isu Keselamatan :

  1. Wisma Aman akan melakukan rondaan lebih kerap, konsisten dan berkesan di tempat-tempat yang dikenal pasti, disamping mempertingkatkan kawalan dengan mengadakan sekatan lalulintas. Pelajar dinasihatkan agar sentiasa membawa kad matrik bersama, dan mendaftar kenderaan masing-masing di Wisma Aman.
  2. Haiwan liar : UKM sudah menghantar notis menghapus/halau haiwan liar, namun, akan dilaksanakan pada cuti semester bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Pihak Wisma Aman sudah dan akan meneruskan operasi menangkap haiwan liar setiap bulan.
  3. CCTV : semua CCTV sudah disemak, dan kini berada pada tahap pengauditan. Akan berfungsi sepenuhnya selepas pengauditan. Jabatan Pendaftar akan memaklumkan kepada seluruh kolej kediaman agar membuka rangkaian CCTV (LMC) agar pemantauan dapat dibuat dengan lebih berkesan. Jabatan Pendaftar juga akan membeli pertambahan penstoran data daripada CCTV agar segala rekod tidak dipadamkan secara automatik. Tambahan CCTV sudah dimohon.
  4. Kecurian : Semua pelajar diminta berhati-hati dan sentiasa berwaspada terhadap barangan peribadi masing-masing. Anda diminta untuk terus menghubungi Wisma Aman di talian 03 89214666 jika ada sebarang masalah keselamatan, dan berjumpa orang yang berkelakuan pelik dan mencurigakan.
  5. Sebarang kecurian hendaklah dilaporkan terus kepada Wisma Aman.

Isu Prasarana/Fasiliti/Kemudahan

-akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP)-

Pihak PMUKM akan mengadakan pertemuan secara berkala dengan jabatan-jabatan UKM dan persatuan-persatuan pelajar untuk menjaga kebajikan pelajar. Isu-isu yang kritikal akan diperjuangkan agar dapat dilaksanakan secepat mungkin. Sebarang masalah dan isu bolehlah menghubungi mana-mana Exco dan Ahli PMUKM, agar kita dapat melaksanakan dan menyelesaikan masalah secepat mungkin demi kebaikan bersama.


KEBAJIKAN KAMPUS TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Mohd Rasydan Bin Mohd Rais

Exco Prasarana, Keselamatan, Dan Pengangkutan

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.


Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti


::SALAM PMUKM::

Mohon kerjasama mahasiswa/i UKM untuk membuat pengesahan/permohonan kolej untuk semester 2 sesi akademik 2010/2011 sebelum tarik tutup. Untuk pengetahuan semua, pendaftaran awal kursus untuk semester dua telah dibuka. Jangan terlepas. Ingatkan kepada kawan-kawan yang lain. TERIMA KASIH

"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia telah melancarkan Peti Aduan dan Maklumbalas PMUKM di setiap kolej kediaman dan bangunan Pusanika. Peti Aduan ini diharapkan dapat memudahakan sebarang bentuk aduan dan penambahbaikan demi kesejahteraan bersama.
Borang Aduan turut disertakan atau melalui Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi (JAKSA) kolej masing-masing.





Ayuh Gunakanlah Peti Aduan dan Maklum Balas PMUKM Demi Kesejahteraan Anda dan Kebajikan Semua Warga UKM....


::SALAM PMUKM::


ATTENTION

A FEW COLLEGE IS FACING WATER SUPPLY PROBLEM, DUE TO DEMAND OVERLOAD. WATER TANK WILL COMING IN TODAY. PLZ USE WATER IN WISELY IN ORDER TO SAVE WATER. TQ

"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"