sekadar hiasan

::SALAM PMUKM::
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) dengan kerjasama Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd (RapidKL) ingin menawarkan perkhidmatan bas sewa khas sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.


DESTINASI & HARGA TAMBANG


KAWASAN UTARA
  1. Pulau Pinang - RM 40.00
  2. Ipoh - RM 23.00
  3. Telok Intan - RM 16.00
  4. Tg. Malim - RM 12.00

KAWASAN TIMUR

  1. Temerloh - RM 17.00
  2. Kuantan - RM 27.00

KAWASAN SELATAN

  1. Seremban - RM 11.00
  2. Melaka - RM 14.00

Untuk permohonan ke destinasi-destinasi lain, atau sebarang pertanyaan boleh hubungi: Saudara Rasydan - 013-2509846
rasydanpmukm@gmail.com


Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan borang di bilik PMUKM aras 3, PUSANIKA.

Tarikh tutup permohonan 13 OGOS 2010. Permohonan atau borang yang dihantar selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Harap Maklmum.


:: SALAM PMUKM::

PENYERAHAN BUKU AKAUN AMANAH SAHAM 1 MALAYSIA
KEPADA PELAJAR TAHUN 1, SESI 2009/2010
BAGI KAMPUS UKM BANGI,UKMKL DAN PPUKM


Sukacita dimaklumkan kepada pelajar Tahun 1 Sesi 2009/2010 yang telah membuka Akaun Amanah Saham 1 Malaysia (ASIM) diminta datang pada:

UKM Kampus Bangi :

Tarikh : 26 & 27 Julai 2010 (Isnin & Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Temuduga,Unit Kebajikan Pelajar, JPPel, Pusanika,UKM

UKM Kampus Kuala Lumpur & PPUKM


Tarikh : 4 & 5 Ogos 2010 (Rabu & Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Ruang Legar, Tingkat 1 Blok E (TIBE),UKMKL


Sebarang pertanyaan sila tetefon atau hubungi di talian
03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)





::SALAM PMUKM::


Tarikh: 19-23 Julai 2010
Tempat: Bangunan PUSANIKA

Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) : Marilah Mendaftar Sebagai Sahabat PMUKM. Bersama Kita Perjuangkan Kebajikan Warga UKM Di Samping Mengasah Kemahiran Insaniah Dalam Diri.

JOm Turun Ramai-Ramai.
Mendaftar dan Berpersatuan.

Bersama Kita Bersatu, Bulatkan Niat Yang Satu, Mahasiswa/i UKM, Nombor Satu!


"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"

FOKUS MENDENGAR HUJAH

PENONTON SETIA

BARISAN AHLI PANEL

SALAM MESRA

::SALAM PMUKM::

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan keizinanNYA, Debat Santai Bersama Presiden PMUKM telah berjalan dengan baik walaupun banyak provokasi ditengah perdebatan. Syabas dan tahniah kepada saf kepimpinan PMUKM. Dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mahasiswa/i yang hadir memberi sokongan dan menghidupkan sudut pidato yang lama sunyi tanpa suara.

Berkenaan dengan debat di sudut pidato pada jam 11.30 pagi, 15 Julai (Khamis), wartawan PMUKM cuba mendapatkan penjelasan/maklumbalas daripada barisan kepimpinan PMUKM (ahli panel) dan beberapa pemudahcara kolej berkaitan isu yang di perdebatkan MINGGU MESRA PELAJAR.

" Bagi saya, debat yang di adakan bagus untuk memupuk sikap mahasiswa berintelektual tinggi. Namun debat hari ini lebih berat sebelah kerana pihak penganjur tidak menjawab sebaliknya hanya menembak kepada PMUKM. Bila ditembak semula mereka katakan inikah jawapannya,sedangkan mereka juga perlu menjawab soalan yang diajukan . Harap pihak penganjur perlu profesional. Jangan jadi jumud yang menjumudkan"- Mohd Kamal Ali, Setiausaha Agong(Exco Kerohanian) PMUKM

Ketika sesi soal jawab dibuka, dapat dilihat mahasiswa/i UKM yang hadir berebut-rebut untuk mengemukan soalan tak kurang yang memberi pendapat. Namun dek kekangan masa dan tujuan sebenar perdebatan diadakan sedikit lari mahasiswa/i ini tidak dapat meluahkan apa yang terpendam di hati. Wartawan PMUKM terus mendapatkan mahasiswa terbabit.

"Isu yang paling mengejutkan adalah isu solat. Sebelum itu, saya nak tanya ada ke tak PC terdiri daripada pihak penganjur???? Kalau ada, maknanya mereka juga menghalang solat. Kalau tidak ada, maknanya mereka tidak nampak perkara tersebut dan hanya mendengar melalui mulut-mulut sahaja. Bukti yang kukuh perlulah ditunjukkan sekiranya benar perkara itu terjadi. Bagaimana pula dengan 3000 mahasiswa yang lain. Satu lagi, pihak penganjur hanya melihat kepincangan PC Minggu Mesra Pelajar sahaja. Tapi tidak membuat timbang tara dengan pengorbanan yang dilakukan oleh PC. PC memberi panduan kehidupan, tunjuk ajar, daftar kursus, memperkenalkan UKM, bukan seperti mereka yang mencemarkan nama UKM dengan insiden AUKU yang dilakukan oleh ahli pihak penganjur sendiri. Pihak penganjur hanya melihat masalah luar gerakan mereka tapi adakah mereka membuat tatatertib terhadap 4 orang (UKM 4) yang terlibat dalam AUKU. itu sahaja dari saya. Apa-apa pun, pihak penganjur kuat. Apa-apa pun, pihak penganjur kuat melatah"- Sah Rezan Abd Salam, FSSk/2

Respons dari Saudara Mohd Rasydan Mohd Rais

Debat atau pidato ini merupakan proses percambahan ilmu dan meningkatkan keintelektualan mahasiswa. Sudut pidato ini dibuat untuk melahirkan mahasiswa yang mampu berfikir dan merespons setiap isu dengan kritis dan kreatif. Cuma, saya berharap agar sudut pidato ini digunakan secara berhemah, dan tiada unsur-unsur fitnah, yang boleh menjatuhkan imej dan nama baik seseorang. Setiap kritikan lebih elok jika disediakan sekali cadangan penyelesaian untuk menambah baik segala kekurangan. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua mahasiswa-mahasiswi UKM yang turun dan memeriahkan debat santai bersama presiden pada hari ini. moga segalanya lancar dan berada dalam keadaan baik selepas ini. insyaAllah. :)


Berkaitan dengan persoalan yang di wujudkan mengenai BORANG ASPIRASI, kami barisan PMUKM mencabar dan memohon agar pihak penganjur mengemukan bukti kukuh lagi sah berkenaan isi kandungan seperti yang anda nyatakan.

Akhir kata berkaitan pidato, Presiden PMUKM merespons, "Pidato ini perlu dibudayakan kerana jika tidak dimulakan maka sudut pidato yang dibina hanya tinggal nama. Pihak PMUKM telah mengambil pendekatan untuk memeriahkan sudut pidato tersebut. Terima kasih kepada mahasiswa/i yang terlibat dalam program Debat Santai Bersama Presiden pagi tadi. Marilah kita bersatu,bulatkan niat yang satu mahasiswa/i UKM nombor satu.

"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"



::SALAM PMUKM::

Jom semua turut ke SUDUT PIDATO jam 11 pagi esok (15/07/10).
DEBAT SANTAI BERSAMA PRESIDEN PMUKM..
pakat turun ramai2...


::SALAM PMUKM::
13 Julai 2010, Selasa - Masalah gangguan bekalan elektrik di Kolej Keris Mas masih belum selesai. Gangguan bekalan elektrik ini berlaku sejak jam 5.30 petang semalam ( 12 Julai 2010.) Antara bangunan yang mengalami gangguan bekalan elektrik adalah di blok 3, 8 dan 9 serta bangunan pentadbiran. Ketika lawatan dibuat jam 10.30 malam semalam, bangunan pentadbiran hanya kafeteria yang tidak terjejas dek gangguan bekalan elektrik ini. Buat masa ini, punca utama masih belum di kenalpasti walaupun ada sumber yang menyatakan ianya berpunca daripada masalah kabel dalam tanah. Pihak JPP ketika dihubungi berkata "jangkaan untuk masalah ini kembali seperti sedia kala adalah pagi esok".
alhamdulillah pada jam 6.00 petang tadi keadaan telah kembali seperti biasa.



::SALAM PMUKM::

PENGHANTARAN & PENYEMAKAN SURAT TAWARAN & DOKUMEN PEEJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN BAGI SEMESTER 1
SESI 2010/2011
UKM KAMPUS BANGI (KELOMPOK 1)

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi semester 1 sesi 10/11 (kelompok 1) pelajar UKM Kampus Bangi, pelajar dikehendaki menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian pada :

Tarikh : 23-25 Julai 2010 (Jumaat,Sabtu & Ahad)
Masa : 8.00 pagi -5.00 petang
Tempat: Auditorium siswa, JpPel (bangunan Pusanika)

Sehubungan dengan itu pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil-sijil perlu disahkan untuk mengelak sebarang kesulitan.


Sebarang Pertanyaan sila telefon @ hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

Sumber: Unit Kebajikan Pelajar

Aksi pemain bola tampar

Bola keranjang Wanita antara KRK & KKM

PMUKM bersama Crew KTSN

Senam areobik


::Salam PMUKM::

Setinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta debat Kolej Ibrahim Yaakub yang telah menyandang juara Debat Piala Naib Cancelor sesi 2010-2011.
Dengan tajuk perdebatan Laman Sesawang: Mahasiswa Kita Leka, barisan Kolej Ibrahim Yaakub selaku barisan kerajaan bertemu dengan kolej yang menempatkan PALAPES UKM iaitu, Kolej Tun Hussein Onn selaku pihak pembangkang. Kedua-dua pihak hebat berhujah mempertahankan usul yang dibawa agar diterima oleh sidang dewan. Di akhir pertandingan dengan margin 2.7 dan juri sebulan suara, usul yang dibawa pada hari ini diterima dewan.

Syabas dah tahniah kepada semua kolej

.
Barisan Pembangkang Dari KTHO

Barisan Kerajaan dari KIY

Fokus

Malam bersama pemimpin



Pemudahcara


Pendaftaran kursus di FST




::SALAM PMUKM::



Alhamdulillah, pada hari pertama minggu mesra pelajar telah berlalu dan semuanya berjalan dengan lancar. Kini semua pelajar baru telah mendaftar di kolej masing-masing dan bakal menjalani baki minggu orentasi sempena minggu mesra pelajar. Di bawah adalah gambar-gambar sepanjang hari pertama roadtour bersama pentadbiran tertinggi universiti.


Di Kolej Keris Mas


" say no to polisterin"


Ramah mesra bersama waris pelajar


Sidang Media


Menjawab Soalan Pihak Media




Di Sekitar Kolej Tun Hussein Onn dan Kolej Dato Onn



Assalamualaikum w.b.t

Salam PMUKM dan Salam Minggu Mesra Pelajar.

Universiti adalah tempat yang diidam-idamkan oleh pencinta ilmu kerana segala cabang ilmu boleh ditimba oleh mereka yang bergelar mahasiswa/i. Syabas dan selamat datang diucapkan kepada mahasiswa/i yang berjaya menjejak kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya mewakili Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) mengucapkan tahniah kepada anda semua kerana telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke UKM yang menjadi Universiti Kebanggaan Malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum, UKM adalah antara IPT yang tersohor di negara kita, yang mana ia adalah IPTA yang satu-satunya dibina atas pengorbanan dan titik peluh rakyat. Kini UKM telah menjangkau usia 40 tahun dan seharusnya kematangan anda haruslah selari dengan kematangan UKM yang bermotokan ‘Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan’. Kita semua harus berbangga kerana terpilih menjadi sebahagian komuniti yang dikatakan berintelektual, berilmu dan berdaya saing. Peluang yang diberikan ini seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin bagi membuktikan bahawa kita boleh menyumbang kepada agama, bangsa dan tanah air. Di sinilah tempat anda akan mencorak masa depan, yang mana anda sendiri menentukan bagaimana, apa, dan siapakah anda selepas anda keluar daripada gedung ilmu ini. Seorang Ulama Pencinta Ilmu iaitu Ibnu Abbas yang berprinsip “ILMU HARUSLAH DIDATANGI DAN BUKANLAH MENDATANGI”, ini membawa maksud kita seharusnya mengejar ilmu dan mendalami sesuatu ilmu dan bukanlah menunggu ilmu itu sampai kepada kita, agar keberkatan dan rahmat diperoleh dalam kita mempelajari dan memahami sesuatu perkara.

Barisan kepimpinan PMUKM kali ini mangajak adik-adik baru, yang mempunyai sebarang masalah,persoalan mahupun aduan terus berjumpa kami di Pejabat PMUKM yang terletak di Bangunan Pusanika atau boleh menyatakan suara adik-adik di laman sesawang kami :

Email : pmukm0910@gmail.com

Blog: pmukm09-10.blogspot.com

FB: pmukm_0910@yahoo.com

Semoga dengan cara ini kami dapat terus mendengar suara-suara baru mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia dan terus berkhidmat demi menjaga kebajikan kita semua.

Saya selaku wakil kepimpinan mahasiswa kali ini berasa amat bangga dengan kehadiran anda semua ke UKM dan peluang yang anda peroleh ini tidak seharusnya disia-siakan kerana kejayaan anda akan mengubah corak kehidupan anda pada masa akan datang. Jadilah seorang yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

BERSAMA KITA BERSATU, BULATKAN NIAT YANG SATU, MAHASISWA/I UKM NO 1….!!!

“Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti”


MOHD HAMZAH ZAINUL ABIDIN

PRESIDEN

PERSATUAN MAHASISWA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA