Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Di masa yang sama kita terpaksa menghabiskan jutaan
ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan.
Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat.
Fikir dulu sebelum buang.
Jadikan amalan mengitar semula sebagai cara hidup kita
Apa itu KITAR SEMULA?

Kitar Semula merupakan satu process mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses, dan mengguna semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.

Mengapa perlu KITAR SEMULA?
untuk memelihara ruang hidup kita

pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menularmencerobohi ruang hidup kita.

untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencermaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dan mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

· untuk menjimatkan kos

Dalam tempoh jangka panjang, mengitar semula adalah menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupuskan akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.

untuk menjimatkan sumber kita

Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan bagi menampung permintaan tempatan? kita juga mengimport bahan buangan lain untuk industri pengeluaran yang lain.

untuk menyelamatkan hutan

Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.


JOM KITAR SEMULA!!!

SAYANGI BUMI HIJAU KITA!!!



TERUSKAN PERJUANGAN

0 Comments Posted by TUNJANG UKM at 2:45 AM



::SALAM PMUKM::

Ada kalanya di penghujung perjuangan[peperiksaan] ada diantara kita semakin tewas mengawal diri, ada yang hampir putus asa kerana kesal pada kertas yang lepas, barangkali tidak melakukan yang terbaik. Mungkin juga emosi terganggu dek ada diantara sahabat-sahabat kita yang telah habis peperiksaan dan berkemas tuk pulang ke kampung halaman. Syabas dan tahniah kepada sahabat-sahabat yang semakin bersemangat dalam pertempuran disaat akhir ini. Harap sahabat-sahabat semua masih istiqomah dan terus fokus pada kertas yang akan datang. Kuatkan semangat, tanamkan azam yang tinggi "AKU INGIN BERJAYA". Jadikan ibu bapa sebagai pendorong terbaik untuk terus kita berusaha mencapai sebuah kejayaan yang cemerlang, insyaallah. Jangan terlalu tertekan tika membuat rivision dan jangan juga terlalu santai. Cuma perlu FOKUS tanpa emosi yang menggangugugat study sahabat. Kepada yang beragama islam, banyakkan solat2 sunat, jaga pandangan,pendengaran,pertuturan agar apa yang telah dipelajari atau di ulangkaji semula lekat diingatan.

Mulakan hari anda dengan hati yang senang. Motivasikan diri anda dengan keyakinan yang tinggi. " AKU SEORANG PEMENANG". "Aku sekarang hidup dipenuhi keyakinan, kepercayaan dan kepastian."


SEMOGA BERJAYA SEMUA.SELAMAT BERJUANG.





::SALAM PMUKM::

Alhamdulillah, tepat jam 9.30 malam, 23 April 2010, bersamaan hari Jumaat, satu kumpulan yang diberi nama Respons@Kebajikan UKM telah dibuat, dipaparkan untuk tatapan dan penglibatan semua orang di laman Facebook








Tujuan penubuhan kumpulan atau laman ini adalah untuk mengumpul segala aduan, kritikan, nasihat, cadangan, maklumbalas, atau secara mudahnya, RESPONS setiap mahasiswa/i UKM terutamanya, dan warga UKM, umumnya.

Kini, laman ini berjaya menarik sekitar 300 mahasiswa/i UKM. InsyaAllah, angka penyertaan dalam kumpulan ini akan sentiasa meningkat, dan segala interaksi akan dibalas secara baik, oleh exco-exco kebajikan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) sesi 2009/2010 yang terdiri daripada Rasydan, Exco Prasarana, Keselamatan, dan Pengangkutan, Nasiha Sakina, Exco Hal Ehwal Pengguna dan Kesihatan, dan Yong Yoon Kian, Exco Tenaga, Air dan Komunikasi.

Sehubungan itu, skuad PMUKM memohon kepada semua warga UKM terutamanya mahasiswa/i UKM untuk sama-sama membantu kami dalam memperjuangkan kebajikan kita bersama-sama.


SUARA KAMI, SUARA ANDA. KEBAJIKAN ANDA, KEBAJIKAN KITA BERSAMA!

Think.Rational.Act.Professional

::Salam PMUKM::

PMUKM mewakili seluruh mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada, Yang Berbahagia,Prof Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM diatas penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pentadbiran Pendidikan oleh Putera Mahkota Vajiralongkorn, Yala Rajabhat Universiti .

"MENGILHAM HARAPAN, MENCIPTA MASA DEPAN"

GOOD LUCK UKM FC

0 Comments Posted by TUNJANG UKM at 5:26 PM






Seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia dijemput hadir ke Stadium Universiti, UKM untuk sama-sama memberi sokongan padu kepada pasukan bola sepak UKM, UKM FC

Tarikh : 11 April 2010 (Ahad)
Masa : 8.45 Malam
Tempat : Stadium Universiti, UKM. (Bertentangan Kolej Rahim Kajai)





Bangi –5 April 2010. Kursus Pemantapan Organisasi (KPO) bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM sesi 2009/2010 telah diadakan di Hotel Sri Malaysia, Port Dickson. Para Majlis Perwakilan Pelajar sesi ini telah berkampung selama 3 hari 2 malam di sini bermula 26 Mac hingga 28 Mac baru- baru ini.



::SALAM PMUKM::


Isu pembelian Kolej Pendeta Zaba (KPZ) oleh pihak kerajaan yang di tuntut oleh Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) kolej tersebut bersama-sama PMUKM , telah mendapat perhatian pihak menteri.

Y.B Menteri Pengajian Tinggi mengucapkan tahniah atas keprihatian PMUKM atas masalah ini.



26 Mac 2010 - Bagi menyahut Kempen Earth Hour, Chew Pan Hoa, Exco Pembangunan Inovasi & Penyelidikan telah bekerjasama dengan NGO untuk menjalankanKempen Kesedaran Cinta Alam di Stesyen KTM UKM.