Allahyarham  Encik Mohamad Mustafa Mohtar 
Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar
 Universiti Kebangsaan Malaysia


::SALAM PMUKM::
7 September 2010, Selasa bersamaan 28 Ramadhan 1431 h, Timbalan Pendaftar JPpel
 telah kembali ke rahmatullah.Beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.30 pagi.
 PMUKM mewakili semua mahasiswa/i UKM mengucapkan takziahkepada ahli keluarga 
beliau.Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang 
yang beriman. amin.


Untuk renungan bersama:
Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri


Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

2 Response for the "Allahyarham Encik Mohamad Mustafa Mohtar dalam kenangan"

  1. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...

  2. Saya selaku anak sulung kepada arwah dan mewakili keluarga Allahyarham Mohamad Mustafa Mohtar mengucapkan terima kasih di atas kesudian warga UKM dan wakil PMUKM yang datang menziarahi keluarga saya pada hari kematian arwah. Semoga usaha arwah untuk terus memajukan UKM disambung oleh pelapis-pelapis yang berintegriti dan komited seperti beliau.

Post a Comment