:: SALAM PMUKM::

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirai kurang daripada 24 jam. Kita bakal melangkah ke tahun baru 2011 dengan azam yang baru. PMUKM membuka tirai pada tahun 2011 dengan satu program yang diberi nama KARNIVAL SUKAN PMUKM 2011.

Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghubungi nama seperti yang tertera dalam poster atau terus ke Bilik PMUKM aras 3, bangunan pusanika. Peyertaan adalah terbuka.

Jom datang beramai-ramai ke Kompleks Sukan UKM, bermula 7 Januari- 9 Januari 2011....

"Membudayakan Sukan, Kesihatan Gemilang"

:::SALAM PMUKM:::


Sila ambil perhatian kepada semua rakan-rakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, terdapat beberapa individu yang sudah di kenal pasti bergiat menyebarkan 'flayers' haram yang menggunakan logo dan nama PMUKM untuk menyebarkan dakyah dan propaganda sempit bagi mengaburi mata mahasiswa UKM.



Presiden PMUKM saudara Mohd Hamzah Zainul Abidin menyatakan kekesalannya berhubung isu tersebut dan meminta semua mahasiswa tidak terpedaya dengan segala berita yang dibawakan oleh individu tidak bertanggungjawab tersebut. "Saya tidak sangka masih ada pihak yang ingin mendapatkan publisiti dengan jalan mudah tetapi menipu dengan cara begini. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini menjadikan undang-undang rimba sebagai amalan bagi memperdaya mahasiswa" tambah beliau lagi. Untuk itu beliau meminta semua mahasiswa UKM agar berhati-hati dengan perkara tersebut.

Sementara itu, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Kolej (JAKSA) yang melaporkan kejadian ini juga menyifatkan perbuatan individu tersebut menampakkan sentimen politik yang ingin dimainkan tetapi mengheret mahasiswa ke lembah politik sempit dan jumud dengan menipu dan penuh kepura-puraan. "Semua edaran dan 'flayers' yang memasuki kolej kediaman perlu mendapatkan kelulusan JAKSA terlebih dahulu. Individu yang menyebarkan 'flayers' ini kami tahan dan ternyata tidak pernah mendapatkan kebenaran JAKSA".



Ahli Majlis Tertinggi PMUKM saudara Mohd Kamal Ali turut melihat situasi ini sebagai 'agenda sulit' yang penuh dengan tipu daya bagi menjatuhkan maruah dan reputasi PMUKM. Beliau turut memetik ayat Al-Quran dari surah Al- Hujurat yang mana maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman ! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenaranya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya), sehingga kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Beliau yang juga bertanggungjawab ke atas semua urusan dokumentasi dan logo PMUKM menyatakan bahawa tidakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini merupakan satu bentuk ancaman kepada mahasiswa UKM kerana lambang PMUKM merupakan manifestasi penyatuan semua mahasiswa UKM.

Satu laporan polis telah dibuat oleh PMUKM mengenai hal ini dan semua urusan mengenainya akan dilakukan oleh pihak Polis di Raja Malaysia dengan kerjasama Wisma Aman UKM.



Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti


::SALAM PMUKM::

PENGUMUMAN
UNIT KEBAJIKAN PELAJAR

PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN BAGI KURSUS PERINGKAT DIPLOMA DAN SIJIL TEMPATAN BAGI SESI PENGAJIAN 2011/2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Negeri Sembilan mempelawa pelajar-pelajar anak Negeri Sembilan yang berkelayakan utuk memohon Pinjaman Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di institusi-institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh Yayasan Negeri Sembilan.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri Sembilan dan melalui web www.yns.org.my

Permohonan dibuka :

  • 1 Januari-28 Februari (bagi sesi kemasukan Januari)
  • 1 Jun -31 Julai (bagi sesi kemasukan Julai)
Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Bahagian Pendidikan
Yayasan Negeri Sembilan
Tkt 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan,
Jalan Yam Tuan,
70000 Seremban
Tel: 06- 7628046
Website: www.yns.gov.my
Email: admin@yns.gov.my

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungidi talian 03-89215316- Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

sumber: unit kebajikan pelajar