:::SALAM PMUKM:::
Sila ambil perhatian kepada semua rakan-rakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, terdapat beberapa individu yang sudah di kenal pasti bergiat menyebarkan 'flayers' haram yang menggunakan logo dan nama PMUKM untuk menyebarkan dakyah dan propaganda sempit bagi mengaburi mata mahasiswa UKM.
Presiden PMUKM saudara Mohd Hamzah Zainul Abidin menyatakan kekesalannya berhubung isu tersebut dan meminta semua mahasiswa tidak terpedaya dengan segala berita yang dibawakan oleh individu tidak bertanggungjawab tersebut. "Saya tidak sangka masih ada pihak yang ingin mendapatkan publisiti dengan jalan mudah tetapi menipu dengan cara begini. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini menjadikan undang-undang rimba sebagai amalan bagi memperdaya mahasiswa" tambah beliau lagi. Untuk itu beliau meminta semua mahasiswa UKM agar berhati-hati dengan perkara tersebut.
Sementara itu, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Kolej (JAKSA) yang melaporkan kejadian ini juga menyifatkan perbuatan individu tersebut menampakkan sentimen politik yang ingin dimainkan tetapi mengheret mahasiswa ke lembah politik sempit dan jumud dengan menipu dan penuh kepura-puraan. "Semua edaran dan 'flayers' yang memasuki kolej kediaman perlu mendapatkan kelulusan JAKSA terlebih dahulu. Individu yang menyebarkan 'flayers' ini kami tahan dan ternyata tidak pernah mendapatkan kebenaran JAKSA".
Ahli Majlis Tertinggi PMUKM saudara Mohd Kamal Ali turut melihat situasi ini sebagai 'agenda sulit' yang penuh dengan tipu daya bagi menjatuhkan maruah dan reputasi PMUKM. Beliau turut memetik ayat Al-Quran dari surah Al- Hujurat yang mana maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman ! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenaranya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya), sehingga kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Beliau yang juga bertanggungjawab ke atas semua urusan dokumentasi dan logo PMUKM menyatakan bahawa tidakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini merupakan satu bentuk ancaman kepada mahasiswa UKM kerana lambang PMUKM merupakan manifestasi penyatuan semua mahasiswa UKM.
Satu laporan polis telah dibuat oleh PMUKM mengenai hal ini dan semua urusan mengenainya akan dilakukan oleh pihak Polis di Raja Malaysia dengan kerjasama Wisma Aman UKM.
Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti
kalo nk delete komen2 x pyh boh tmpt komen la..hahaha..adooiiii