::SALAM PMUKM::


PMUKM mengucapkan Selamat Datang kepada adik-adik Permata Pintar ke varsiti tercinta. Pendaftaran masuk telah dijalankan pada 17 Januari 2011 di Kolej Pendeta Zaba. Semoga sesi pembelajaran di UKM dapat memberi semangat, motivasi dan dorongan kepada adik-adik untuk berjaya dalam kehidupan.InsyaALLAH. Moga bakal menjadi peneraju negara masa depan yang seimbang dalam segala aspek kerana andalah permata negara. Syabas & tahniah!



::SALAM PMUKM::



Jumaat, 14.01.2011 : Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, PMUKM telah bertemu dengan Pihak Wisma Aman UKM untuk menyampaikan beberapa isu bagi tindakan pihak keselamatan. PMUKM yang diwakili oleh Presiden, Saudara Mohd Hamzah Bin Zainul Abidin telah memaklumkan beberapa isu yang berkaitan dengan kebajikan mahasiswa UKM disusuli dengan cadangan dari PMUKM sendiri bagi mengatasi isu berkenaan.

1) Isu haiwan liar
Seperti yang kita semua maklum, UKM turut dihuni oleh beberapa spesies haiwan. Namun sejak akhir-akhir ini, kelihatan beberapa haiwan liar seperti khinzir, monyet dan anjing telah semakin berani dan bergerak aktif. PMUKM memandang serius isu ini memandangkan ia berpotensi untuk menyumbang kepada kejadian yang tidak diingini. Berikut merupakan penjelasan dari pihak Wisma Aman :

Khinzir : pihak keselamatan telah mengupah individu ataupun penembak berlesen untuk menembak babi hutan. satu operasi besar-besaran akan diadakan pada cuti pertengahan semester yang bermula dari 29 Januari-6 Februari ini.

Monyet : beberapa pagar perangkap monyet telah dipasang oleh pihak keselamatan di kawasan-kawasan strategik berhampiran dengan habitat utama monyet. Setelah ditangkap, monyet yang tertangkap akan dibawa dan dilepaskan di kawasan hutan yang jauh dari UKM.

Anjing - isu ini telah diambil tindakan pada cuti semester yang lepas. Kesannya dapat dilihat dengan pengurangan aktiviti haiwan ini di seluruh UKM.

2) Isu Kecurian
Untuk kecurian, pihak keselamatan akan meningkatkan rondaan di sekitar ukm, terutamanya dari segi kawalan pintu masuk UKM. Pihak keselamatan akan pertingkan keselamatan untuk tidak membenarkan org luar yg tiada urusan penting dari memasuki ukm.

cadangan dari pihak PMUKM : mencadangkan untuk memasang rantai besi di tempat2 parking motor bagi mengelakkan kecurian dari berlaku.

3) Isu 'Skodeng'
Perkara ini dilaporkan berlaku di kolej-kolej kediaman terutamanya di KTHO dan Aminuddin Baki. Oleh itu, rondaan akan di buat lebih kerap agar kes ini dapat dibendung. Semoga pelakunya juga dapat ditangkap dengan pertambahan rondaan dari pihak keselamatan.

Saudara Rahmad Fauzi Mohd Nasir(FEP/2), yang telah mengiringi Presiden PMUKM ke Wisma Aman berasa lega dengan maklum balas yang telah diberikan oleh pihak keselamatan. Beliau yang juga Setiausaha Kerja PMUKM berharap agar segala permasalahan yang telah diadukan akan dapat diatasi dengan sebaik mungkin.


'Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti'

SUMBER: ASPIRASI UKM



::SALAM PMUKM::

Pada 12. Januari 2011 akan diadakan Seminar Pemantapan Keusahawanan & Kebolehpasaran Mahasiswa 2011 yang bertempat di Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas.

Antara objektif seminar ini adalah:

  • Meningkatkan kesedaran keusahawanan serta kebolehpasaran mahasiswa dalam pelbagai sektor.
  • Melahirkan mahasiswa yang mantap dari segi pengetahuan dan penegnalan mengenai alam perniagaan berbanding pekerjaan
  • Mendedahkan kepada mahasiswa peluang-peluang pekerjaan yang terdapat dalam pelbagai sektor pekerjaan

Seminar ini merupakan anjuran PMUKM dengan kerjasama JAKSA Kolej Keris Mas.


Kepada yang berminat untuk meyertai seminar ini boleh menghubungi

Saudara Kamarudin - 0196413959

(Surat Pelepasan Kuliah akan diberikan)


"Keusahawanan dan kebolehpasaran mahasiswa pemangkin transformasi negara"


::SALAM PMUKM::

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi atas keizinNYA KARNIVAL SUKAN PMUKM 2011 telah berlangsung dengan jayanya.

Lapan kumpulan telah melayakkan diri ke pusingan suku akhir iatu, Putra FC, Jumbo FC, ARC, Kotsal FC,Penyu FC, Kuweng FC,LHT dan Malwee FC.

Pelawanan akhir telah menemukan pasukan Putra FC dengan Kuweng FC. Pelawanan ini telah disaksikan oleh Yg. Berbahgia Dato Adham Baba, Pengerusi UNIKL. Perlawanan ini menyebelahi Putra FC dengan jaringan gol 3-0 menentang Kuweng FC.

Majlis perasmian penutupan KSP11 telah disempurnakan oleh Yg.Bhg Dato Adham Baba, Pengerusi UNIKL, hadir bersama Pengarah Pusat Sukan yang baru Yg.Bhg Dr. Tajol, Presiden dan Timbalan Presiden PMUKM.


Gimik Perasmian

Barisan Urusetia KSP11 bersama Yang Berbahgia Dato Adham Baba

"Tahniah"

Terima Kasih kepada Pusat Kesihatan & BSMM atas kerjasama


Pasukan Putra FC bersama Penganjur & perasmi KSP 11


Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.(Penaja, Pihak Pentadbiran UKM, Urusetia Aspirasi,Pusat Kesihatan,Wisma Aman)

Pihak pengajur menyusun jari memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang program ini berlangsung.

Syabas!& tahniah kepada semua!!

~Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti~

JUMPA LAGI DI KARNIVAL SUKAN PMUKM YANG AKAN DATANG

"bersama kita bersatu, bulatkan niat yang satu, mahasiswa/i UKM no 1"



"Goodbye"


::SALAM PMUKM::

Sekitar hari pertama Karnival Sukan PMUKM

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Barisan urusetia Karnival Sukan PMUKM bersama Saudara Hamzah & Saudara Hazwan

Urusetia di meja pendaftaran


Team LHT dirawat oleh Pusat Kesihatan UKM


Team Reborn Rovers Vs Malwee FC
Kemenangan berpihak kepada Malwee FC
Tahniah!
Bola Jaring


9 Januari 2011, akan berlangsung perlawanan suku akhir, separuh akhir & akhir futsal lelaki. Perasmian penututan akan berlangsung pada jam 3 petang...

Syabas & Tahniah kepada yang mara ke pusingan yang seterusnya.

~MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI~

::: SALAM PMUKM:::


Pada 07 Januari 2010 PMUKM telah bersama-sama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa Prof. Dato Ir. Dr. Hasan Basri, Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) Prof. Madya Dr. Khaizir Hj Ismail, Dekan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Timbalan Dekan Fakulti Farmasi, Pengetua KTSN dan pegawai-pegawai kanan UKM telah mengadakan taklimat penerangan Kontrak Kokurikulum HHHC 9118 di dewan KTSN.

Seramai hampir 500 orang pelajar KTSN dari Fakulti Perubatan, Kesihatan Bersekutu dan Farmasi telah sama-sama mendengar talimat tersebut. Malah pelajar-pelajar kejururawatan juga hadir bagi mendengar sendiri mengenai apa sebenarnya yang terkandung di dalam kontrak tersebut.

Pengarah PPP sedang memberikan penerangan mengenai Kontrak Kokurikulum HHHC 9118



Dato' TNC menyatakan kekagumannya melihat kepada respon pelajar-pelajar melalui soalan-soalan yang dikemukakan dan sesi soal jawab tersebut berlangsung hampir satu jam setengah. Namun waktu bukanlah ukurannya yang paling utama ialah kefahaman dan ketersampaian maklumat yang ingin disampaikan.

Barisan kepimpinan PMUKM mengucapkan tahniah buat pelajar-pelajar KTSN kerana mempamerkan citra mahasiswa berintelektual tinggi.


Mahasiawa Tunjang Aspirasi Universiti


:: SALAM PMUKM::

5 Januari 2011- Barisan pucuk kepimpinan PMUKM sesi ini,mengucapkan Tahniah! kepada Prof. Madya Dr Khaidzir Hj Ismail di atas perlantikan beliau sebagai Pengarah, Pusat Perkembangan Pelajar berkuatkuasa serta merta. Mengulas berkaitan pelantikan ini, Timbalan Presiden PMUKM, Saudara Hazwan Hamidon mengharapkan kerjasama daripada mahasiswa/i UKM dan tenaga kerja lain juga mestilah mantap agar pengurusan PPP di bawah Prof. Madya Dr Khaidzir Hj Ismail menjadi lebih baik. InsyaALLAH.


Semalam, 4 Januari 2011, Selasa, telah diadakan satu Taklimat Pelaksanaan Kokurikulum Berkredit Berasaskan Kontrak Pembelajaran bersama barisan kepimpinan MPP dan jaksa-jaksa kolej. Taklimat yang diketuai oleh Prof Dato' Ir. Dr Hassan Basri, TNC Akademik & Antarabangsa bersama PPP mengenai pemurnian sistem Ko-kurikulum HX kepada KONTRAK PEMBELAJARAN mendapat maklum balas yang baik daripada saf kepimpinan pelajar. Kod terbaru untuk Ko-K ini adalah HHHC9118.


Satu Taklimat Perlaksanaan Ko-Kurikulum Berasaskan Kontrak Pembelajaran yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 7 Januari 2011 (Jumaat)

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Dewan Serbaguna, KTSN

Ahli : Pelajar Tahun 1, KKL

Tarikh : 8 Januari 2011 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : DECTAR

Ahli : Semua Pelajar Tahun 1 Kampus Bangi

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan perlaksanaan ko-kurikulum berkredit berasaskan Kontrak Pembelajaran. Semua pelajar tahun 1 diWAJIBkan hadir.

Taklimat/perjumpaan ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa - Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan basri. Diharapkan sistem terbaru ini, mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak.


MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI