:: SALAM PMUKM::


JANGAN LEPASKAN PELUANG!!

  1. KEN FOUNDATION- TAWARAN BIASISWA 2010

Pelajar yang berminat boleh memohon terus melalui laman web www.kenholdings.com.my

Kursus yang ditawarkan::
  • Fakulti Kejuruteraan
  • Fakulti Ekonomi Dan PErniagaan
  • Fakulti Undang-Undang

Tarikh tutup permohonan: 30 Jun 2010


2. BIASISWA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

Bagi pelajar yang mengikuti kursus-kursus di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di IPTA sesi pengajian 2010/2011, keutamaan merupakan warganegara Malaysia dan pemaustatin tetap di sarawak.

Permohonan hendaklah dikemukan secara online::

Tarikh tutup permohonan: 9 Julai 2010 (Jumaat)


p/s: sebarang pertanyaaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

Pagi tadi delegasi rombongan PMUKM diketuai oleh saudara Timbalan Presiden Mohd Hazwan Hamidun telah membuat kunjungan hormat bersempena Minggu Kempen Kesedaran Kanser Prostat (PAC) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi (JAKSA) Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) di perkarangan Tempat Letak Kereta Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras.

Minggu Kempen Kesedaran Kanser Prostat yang bertemakan Lelaki Sihat Keluarga Bahagia ini turut menganjurkan Larian Kesedaran Prostat yang disertai oleh pelajar KTDI dan pelbagai lapisan masyarakat sekitar HUKM. Wajah-wajah ceria dan semangat kesukanan yang tinggi jelas terpancar di setiap wajah peserta yang mengambil bahagian tanpa mengira umur. Larian ini dianjurkan bermula dari peringkat remaja hingga ke veteran yang harus berlari megelilingi HUKM dan tamat di perkarangan tempat letak kereta HUKM. Turut menyertai larian tersebut ialah Pengarah Pusat Perubatan UKM (PPUKM) Prof. Dato Dr. Lokman Saim dan Pengetua KTDI.

Selain daripada itu, orang ramai termasuk pelajar UKM tidak ketinggalan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan hanya membayar RM 2 bagi perkhidmatan yang ditawarkan. dalam pada itu juga kepetahan pelajar-pelajar KTDI dalam menerangkan pemasalahan Kanser Prostat kepada orang ramai wajar diberikan pujian.

Majlis tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Mohammad Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor UKM mewakili Naib Canselor UKM. Sebagai simbolik perasmian, Prof. Dato Dr. Mohammad Abdul Razak memotong kek menandakan penutupan dan sekali gus bagi menyambut Hari Bapa yang disambut hari ini.

Delegasi Rombongan PMUKM mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada semua pelajar KTDI yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program yang dapat memberi impak kepada orang ramai sebegini.


::SALAM PMUKM::

Sukacita dimaklumkan TAWARAN BIASISWA CANON OPTO (MALAYSIA) SDN BHD kini dibuka.Tawaran ini dibuka kepada pelajar tahun 1 sesi 2010/2011 dan pelajar tahun 3 Sesi 2010/2011 yang berminat danberkelayakan dalam bidang

  • Kejuruteraan (Elektrikal,Elektronik,Mekanikal,Mekatronik & Kimia)
  • Teknologi Maklumat
  • Kewangan & Perakaunan

Borang permohonan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar JPPel

Tarikh tutup permohonan adalah 19 Julai 2010

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan wan Roshana Wan Embong.

sumber: Jabatan Perkhidmatan Pelajar




Paip besar di hadapan Canselori dan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) telah mengalami masalah sekitar 6.15 petang tadi. Paip besar yang dijadualkan untuk ditukarkan bermula Jun 2010 ini telah pecah, dan mengakibatkan jalan diatas nya terangkat. Selepas mendapat tahu kawasan berkenaan mengalami masalah, Exco Prasarana, Keselamatan, dan Pengangkutan PMUKM, saudara Rasydan, terus menghubungi pihak keselamatan, Wisma Aman, untuk meletakkan kon di jalan berkenaan untuk mengelakkan warga UKM khususnya dari situasi yang tidak diingini.

Ketika dihubungi, saudara Rasydan memaklumkan bahawa pihak JPP telah mengarahkan kontraktor penyelenggaraan (maintenance) untuk membuat penyelenggaraan secepat mungkin. Turut berada bersama beliau ialah dua wakil dari syarikat kontraktor berkenaan, En. Mizan, dan En. Mawi.

Menurut En. Mizan, proses penyelenggaraan akan bermula pada esok hari, kerana hari sudah gelap, dan kakitangan kebanyakannya sedang bercuti. Untuk tindakan awal, mereka akan menutup aliran air paip berkenaan, kerana, air yang melimpah keluar, akan mengeruhkan keadaan, dan merosakkan lagi jalan.

Sehubungan itu, warga UKM dinasihatkan :

  • Berwaspada dan sentiasa berhati-hati ketika melalui jalan berkenaan (jalan dari Canselori ke KTHO, atau dari Kajai ke FSSK) kerana kondisi jalan berkenaan agak teruk memandangkan jalan berkenaan telah terangkat, dan mendap.
  • Menyimpan air untuk kegunaan harian masing-masing bermula hari ini sehingga ke hari yang akan diberitahu kelak, kerana, aliran air paip berkenaan telah ditutup untuk mengelakkan jalan berkenaan menjadi semakin teruk.
Pihak PMUKM akan menggesa dan mendesak kontraktor berkenaan menyelesai dan membuat penyelenggaraan secepat mungkin demi memastikan kebajikan warga UKM sentiasa terbela. Segala maklumat akan disampaikan secepat mungkin. Segala kerjasama dari semua pihak kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Dan segala kesulitan amat dikesali.

GALERI :


Lokasi Jalan : Di depan Canselori dan KTHO


Air mengalir keluar dari paip pecah mengakibatkan jalan teralih

Jalan terangkat (Di garisan tengah)

Pecah dan teralih

Jalan yang pecah dan terbelah

Jalan raya terangkat di bahu jalan

Jalan rosak yang membahayakan penunggang motosikal terutamanya.


::SALAM PMUKM::

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas di ucapkan kepada semua atlet UKM yang telah menyertai Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Universiti kebanggaan kita telah berjaya memperolehi 9 emas, 12 perak dan 15 gangsa dalam beberapa acara yang dipertandingkan. Keseluruhannya UKM telah berjaya menggondol sebanyak 36 pingat dan mendapat tempat kelima diantara semua universiti di Malaysia. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Majulah Sukan Untuk UKM.

Berikut adalah acara dan pinggat yang telah diperolehi oleh atlet UKM::


Pingat Keseluruhan: 8 Emas, 15 Perak, & 17 Gangsa.

EMAS (8 Emas)


- Bola Tampar Dewan (Lelaki) (1 Emas)
-
Bola Tampar Pantai (Lelaki) (1 Emas)
-
Pencak Silat (4 Emas)

Ø Kategori Putera (Kategori Putera B) (1 Emas)

Ø Kategori Regu Putera (3 Emas)


-
Taekwando (1 Emas)

Ø Kategori Wanita (Kategori Feather) (1 Emas)


-
Kriket (1 Emas)

PERAK (15 Perak)


- Pencak Silat (6 Perak)

Ø Kategori Putera (Kategori Putera H) (1 Perak)

Ø Kategori Puteri (Kategori Puteri D) (1 Perak)

Ø Kategori Puteri (Kategori Puteri F) (1 Perak)

Ø Kategori Regu Puteri (3 Emas)


-
Taekwondo (8 Perak)

Ø Kategori Wanita (Kategori Fin) (1 Perak)

Ø Kategori Wanita (Kategori Welter) (1 Perak)

Ø Kategori Lelaki (Kategori Fin) (1 Perak)

Ø Kategori Poomsae (Kategori Team Event) (3 Perak)

Ø Kategori Poomsae (Kategori Mix) (2 Perak)


-
Boling Padang (Lelaki) (1 Perak)

GANGSA (17 Gangsa)


- Pencak Silat (6)

Ø Kategori Putera (Kategori Putera E) (1 Gangsa)

Ø Kategori Putera (Kategori Putera G) (1 Gangsa)

Ø Kategori Putera (Kategori Putera I) (1 Gangsa)

Ø Kategori Puteri (Kategori Puteri B ) (1 Gangsa)

Ø Kategori Ganda Putera (2 Gangsa)


-
Taekwondo (8)

Ø Kategori Lelaki (Kategori Bantam) (1 Gangsa)

Ø Kategori Lelaki (Kategori Light) (1 Gangsa)

Ø Kategori Lelaki (Kategori Feather) (1 Gangsa)

Ø Kategori Wanita (Kategori Fly) (1 Gangsa)

Ø Kategori Wanita (Kategori Light) (1 Gangsa)

Ø Kategori Wanita (Kategori Middle) (1 Gangsa)

Ø Kategori Poomsae (Kategori Individu Lelaki) (1 Gangsa)

Ø Kategori Poomsae (Kategori Individu Wanita) (1 Gangsa)


-
Karate-Do (Kategori Wanita)(1 Gangsa)

- Catur (L) (1 Gangsa)

- Catur (W) (1 Gangsa)






::SALAM PMUKM::

Berikut adalah maklumat mengenai pendaftaran kursus semester 1 sesi akademik 2010-2011. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web http;www.ukm.my/smpweb




sumber:: Bahagian Pengurusan Akademik


ASSALAMUALAIKUM & SALAM PMUKM.

Kepada seluruh umat Islam, sama-samalah kita membaca doa Qunut Nazilah dalam solat sebagai cara bantuan kita kepada konvoi NGO dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia yang sedang ditimpa musibah natijah daripada serangan Rejim Zionis ke atas Kapal Konvoi LL4G.





::SALAM PMUKM::

PMUKM Mengecam Zionis Israel dan Sekutunya


Assalamualaikum wbt.Salam Keamanan & Kemanusiaan.

Dunia dikejutkan dengan penyerangan ala komando,kejam,tragis dan dasyat oleh tentera-tentera Israel ke atas Kapal Flotilla Mavi Marmara, iaitu kapal yang mengetuai misi kemanusiaan dalam misi ‘Lifeline 4 Gaza’ (LL4G). Serangan Komando Zionis Israel ini telah mengakibatkan kematian 20 insan yang mempunyai niat yang mulia untuk membantu warga Palestin yang berada di Gaza. Selain itu, berpuluh-puluh cedera disebabkan oleh serangan ini.

Misi LL4G merupakan misi keamanan yang dianggotai lebih 600 sukarelawan dari lebih 30 negara dengan barangan yang dibawa melebihi 10,000 tan terdiri dari bantuan makanan, pakaian, dan lain-lain. Sukarelawan-sukarelawan ini pula terdiri daripada pemimpin-pemimpin, ulama’-ulama’, petugas-petugas, kakitangan media dan ahli-ahli cendekiawan. Turut dibawa dan ada bersama adalah seorang kanak-kanak yang berumur kurang dari setahun, dan seorang warga emas berumur lebih 80 tahun.

Sehubungan itu, barisan PMUKM mengutuk, mengecam tindakan Komando Zionis Israel ini, Zionis Israel, Amerika Syarikat yang diperlukan sebagai boneka Israel, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang langsung tidak membantu negara Palestin semenjak mula pencerobohan Israel ke tanah Palestin. Sesungguhnya, tiada guna kita sebagai muslimin dan muslimat bergantung harap terhadap PBB kerana PBB ini juga merupakan boneka kepada Israel melalui lima (5) kuasa veto PBB iaitu Amerika Syarikat,Kesatuan Rusia, Perancis, Britain dan China.

Sememangnya, puak-puak pelampau Zionis Israel, Yahudi ini telah melampau dan biadap kerana menahan,menyerang dan bertindak tidak berperikemanusiaan terhadap Kapal Mavi Marmara dan terkini, Kapal Rachel Corrie. Penahanan ini jelas-jelas salah dan melanggar peraturan antarabangsa apabila kapal-kapal ditahan di perairan antarabangsa. Walaupun berada di perairan jajahan mereka sekalipun adalah salah untuk mereka meyerang dan membunuh sukarelawan-sukarelawan yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini. Tidak ada hak untuk mereka membunuh manusia lain. Tiada hak atas mereka untuk mencederakan orang lain. Dan tidak ada hak untuk mereka menindas manusia lain.

Sesungguhnya, bangsa Israel ini adalah bangsa yang paling pengecut dan lemah. Bangsa ini juga telah dinyatakan dalam Al-Quran sebagai bangsa paling bongkak dengan menganggap bangsa-bangsa lain seperti anjing dan bangsa Israel sahajalah bangsa yang suci dan mulia. Ketua Misi LL4G, Saudara Noorazam Mohd Samsuddin menceritakan, Komando Zionis Israel ini memang berniat untuk membunuh apabila meraka ada senarai nama dan sasaran untuk mereka bunuh setelah mereka menceroboh Kapal Mavi Marmara. Media Turki yang ditembak tepat di kepala bukanlah ditembak tanpa sengaja, kerana nama beliau ada di dalam senarai nama sasaran untuk dibunuh itu.

Andai kata benar, PBB merupakan badan berkuasa, dan badan yang melindungi orang yang tidak bersalah, nescaya, PBB akan membantu mendakwa Yahudi Zionis Israel di Mahkamah Antarabangsa, apabila sukarelawan-sukarelawan yang bebas ini ada bukti yang kukuh dan cukup untuk mendakwa. Kita akan lihat bagaimana PBB menguruskan isu ini.

Syabas kepada semua yang terlibat dalam memberikan tekanan, desakan yang hebat terhadap Israel dan sekutunya dalam menyatakan ketidakpuasan hati terhadap ketidakadilan dan tindakan yang tidak berperikemanusiaan Israel. Demonstrasi telah berlaku di semua bandar-bandar besar dunia, termasuk dari Amerika syarikat ini. Mudah-mudahan, selepas berdemonstrasi ini, kita boleh menanamkan perasaan yang amat benci terhadap Zionis Israel, Yahudi dan sekutunya, Amerika Syarikat yang berpaksikan fahaman Zionis. Untuk langkah permulaan, dan jangka masa pendek, ayuh, kita perangi dan membuat sekatan ekonomi kepada Zionis Israel, Yahudi dan sekutunya, Amerika Syarikat yang ada saham dan kepentingan mereka.

Syabas dan tahniah kepada Mesir di atas keberanian membuka Terminal Sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir bagi membolehkan pemindahan bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza. Warga Palestin telah dibenarkan menggunakan terminal tersebut bagi tujuan keluar masuk ke Mesir. Mudah-mudahan semua negara-negara Islam melalui Organizational Islamic Country (OIC) turut bertindak seperti Mesir yang tidak akan meninggalkan rakyat Palestin sehingga Palestin mencapai tahap status sebuah negara merdeka kembali.

Masyarakat dunia umumnya, dan warga UKM khususnya dimohon dan digesa untuk sentiasa membaca Yassin dan membaca Qunut Nazilah selepas solat fardhu, disamping berdoa agar Allah S.W.T turunkan bala dan melaknat Zionis Israel, Yahudi dan sekutunya. Dengan kehadiran temasya Piala Dunia 2010, saya pasti, isu ini akan lenyap dan pudar perlahan-lahan, dengan media mereka yang berperanan menutup kesalahan mereka dengan sesuatu yang melalaikan. Muslimin dan muslimat dinasihatkan agar berhati-hati dengan tipu daya proksi Dajjal yang sentiasa berusaha untuk menutupkan yang hak dan menyerlahkan yang batil. Wallahualam.

“Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti”


Mohd Hamzah Zainul Abidin

Presiden

Persatuan Mahasiswa

Universiti Kebangsaan Malaysia





::SALAM PMUKM::

MASIH MEROKOK!
Kasihanilah jantung,otak dan paru-paru yang ada.

Meskipun keburukan rokok telah banyak diketahui,namun ramai menganggapnya hanyalah satu isu kecil. Kenapa kita harus serius dengan isu rokok? Kenapa kita harus tidak menganggapnya satu hal yang remeh?

Statistik dengan jelas menunjukan 5 sebabkematian tertinggi adalah rentetan dari kegitan merokok. Bermula dengan serangan jantung, angin ahmar, jangkitan paru-paru, kanser saluran pernafasan hinggalah kepada jangkitan HIV(AIDS)

Kesemua penyakit ini melibatkan 3 organ tubuh yang penting iaitu jantung,otan dan paru-paru. Apabila jantung,otak dan paru-paru mengalami masalah, keseluruhan sistem tubuh akan mengalami masalah juga.

Justeru adalah penting is dijaga. Menjaga jantung, otak dan paru-paru samalah seperti menjaga seluruh sistem tubuh. Demi kesihatan jantung, otak dan paru-paru, berhentilah merokok. Sebagai ganti gunakanlah wang ini untuk sesuatu yang lebih berfaedah,yang lebih bermanafaat dan dapat memberikan kelegaan insan lain. BERUBAHLAH DEMI KESIHATAN.

Sumber: Pusat Perubatan UKM


::SALAM PMUKM::

Pada 13 Mei 2010 (Khamis), pihak pmukm telah mengadakan satu lawatan ke Pusat Perkembangan Pelajar (PPP),UKM. Antara MPP yang hadir adalah Saudara Mohd Hamzah Zainul Abidin, Saudara Mohd Kamal Ali, Saudara Daniel Wa Wai How, Saudara Alvin Yap Chee Wah, Saudari Nurul Hartini Abdul Hamid, Saudari Siti Nur Hana Yahaya, Saudara Wong Chin Ho,Saudara Yudha Putra dan Saudari Lim Yee Wen. Manakala pegawai yang terlibat sepenuhnya dalam lawatan ini ialah Pengarah PPP iaitu Prof, Madya Dr. Kadderi Mad Desa serta beberapa kakitangan PPP yang lain.

Antara isu yang dikupas oleh Pengarah PPP mengenai SPKG versi baharu iaitu, Sistem Pengiktirafan Kompetensi Generik yang dahulunya lebih dikenali Sistem Penilaian Kompetensi Generik. Selain itu juga Prof Kadderi turut menerangkan fungsi PPP sebagai tempat memohon kelulusa program dan tempat memohon bantuan kewangan untuk menguruskan program. PPP juga berperanan sebagai pemantau kepada setiap aktiviti dan program berpersatuan pelajar UKM.

Lawatan ini berakhir dengan berharap agar lawatan dan perbincangan seperti ini berterusan agar segala masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh mahasiswa berkaitan bidang kuasa PPP dapat diselesaikan melalui pelaksanaan yang berkesan.