::SALAM PMUKM::

PMUKM Mengecam Zionis Israel dan Sekutunya


Assalamualaikum wbt.Salam Keamanan & Kemanusiaan.

Dunia dikejutkan dengan penyerangan ala komando,kejam,tragis dan dasyat oleh tentera-tentera Israel ke atas Kapal Flotilla Mavi Marmara, iaitu kapal yang mengetuai misi kemanusiaan dalam misi ‘Lifeline 4 Gaza’ (LL4G). Serangan Komando Zionis Israel ini telah mengakibatkan kematian 20 insan yang mempunyai niat yang mulia untuk membantu warga Palestin yang berada di Gaza. Selain itu, berpuluh-puluh cedera disebabkan oleh serangan ini.

Misi LL4G merupakan misi keamanan yang dianggotai lebih 600 sukarelawan dari lebih 30 negara dengan barangan yang dibawa melebihi 10,000 tan terdiri dari bantuan makanan, pakaian, dan lain-lain. Sukarelawan-sukarelawan ini pula terdiri daripada pemimpin-pemimpin, ulama’-ulama’, petugas-petugas, kakitangan media dan ahli-ahli cendekiawan. Turut dibawa dan ada bersama adalah seorang kanak-kanak yang berumur kurang dari setahun, dan seorang warga emas berumur lebih 80 tahun.

Sehubungan itu, barisan PMUKM mengutuk, mengecam tindakan Komando Zionis Israel ini, Zionis Israel, Amerika Syarikat yang diperlukan sebagai boneka Israel, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang langsung tidak membantu negara Palestin semenjak mula pencerobohan Israel ke tanah Palestin. Sesungguhnya, tiada guna kita sebagai muslimin dan muslimat bergantung harap terhadap PBB kerana PBB ini juga merupakan boneka kepada Israel melalui lima (5) kuasa veto PBB iaitu Amerika Syarikat,Kesatuan Rusia, Perancis, Britain dan China.

Sememangnya, puak-puak pelampau Zionis Israel, Yahudi ini telah melampau dan biadap kerana menahan,menyerang dan bertindak tidak berperikemanusiaan terhadap Kapal Mavi Marmara dan terkini, Kapal Rachel Corrie. Penahanan ini jelas-jelas salah dan melanggar peraturan antarabangsa apabila kapal-kapal ditahan di perairan antarabangsa. Walaupun berada di perairan jajahan mereka sekalipun adalah salah untuk mereka meyerang dan membunuh sukarelawan-sukarelawan yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini. Tidak ada hak untuk mereka membunuh manusia lain. Tiada hak atas mereka untuk mencederakan orang lain. Dan tidak ada hak untuk mereka menindas manusia lain.

Sesungguhnya, bangsa Israel ini adalah bangsa yang paling pengecut dan lemah. Bangsa ini juga telah dinyatakan dalam Al-Quran sebagai bangsa paling bongkak dengan menganggap bangsa-bangsa lain seperti anjing dan bangsa Israel sahajalah bangsa yang suci dan mulia. Ketua Misi LL4G, Saudara Noorazam Mohd Samsuddin menceritakan, Komando Zionis Israel ini memang berniat untuk membunuh apabila meraka ada senarai nama dan sasaran untuk mereka bunuh setelah mereka menceroboh Kapal Mavi Marmara. Media Turki yang ditembak tepat di kepala bukanlah ditembak tanpa sengaja, kerana nama beliau ada di dalam senarai nama sasaran untuk dibunuh itu.

Andai kata benar, PBB merupakan badan berkuasa, dan badan yang melindungi orang yang tidak bersalah, nescaya, PBB akan membantu mendakwa Yahudi Zionis Israel di Mahkamah Antarabangsa, apabila sukarelawan-sukarelawan yang bebas ini ada bukti yang kukuh dan cukup untuk mendakwa. Kita akan lihat bagaimana PBB menguruskan isu ini.

Syabas kepada semua yang terlibat dalam memberikan tekanan, desakan yang hebat terhadap Israel dan sekutunya dalam menyatakan ketidakpuasan hati terhadap ketidakadilan dan tindakan yang tidak berperikemanusiaan Israel. Demonstrasi telah berlaku di semua bandar-bandar besar dunia, termasuk dari Amerika syarikat ini. Mudah-mudahan, selepas berdemonstrasi ini, kita boleh menanamkan perasaan yang amat benci terhadap Zionis Israel, Yahudi dan sekutunya, Amerika Syarikat yang berpaksikan fahaman Zionis. Untuk langkah permulaan, dan jangka masa pendek, ayuh, kita perangi dan membuat sekatan ekonomi kepada Zionis Israel, Yahudi dan sekutunya, Amerika Syarikat yang ada saham dan kepentingan mereka.

Syabas dan tahniah kepada Mesir di atas keberanian membuka Terminal Sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir bagi membolehkan pemindahan bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza. Warga Palestin telah dibenarkan menggunakan terminal tersebut bagi tujuan keluar masuk ke Mesir. Mudah-mudahan semua negara-negara Islam melalui Organizational Islamic Country (OIC) turut bertindak seperti Mesir yang tidak akan meninggalkan rakyat Palestin sehingga Palestin mencapai tahap status sebuah negara merdeka kembali.

Masyarakat dunia umumnya, dan warga UKM khususnya dimohon dan digesa untuk sentiasa membaca Yassin dan membaca Qunut Nazilah selepas solat fardhu, disamping berdoa agar Allah S.W.T turunkan bala dan melaknat Zionis Israel, Yahudi dan sekutunya. Dengan kehadiran temasya Piala Dunia 2010, saya pasti, isu ini akan lenyap dan pudar perlahan-lahan, dengan media mereka yang berperanan menutup kesalahan mereka dengan sesuatu yang melalaikan. Muslimin dan muslimat dinasihatkan agar berhati-hati dengan tipu daya proksi Dajjal yang sentiasa berusaha untuk menutupkan yang hak dan menyerlahkan yang batil. Wallahualam.

“Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti”


Mohd Hamzah Zainul Abidin

Presiden

Persatuan Mahasiswa

Universiti Kebangsaan Malaysia



0 Response for the "SELAMATKAN BUMI PALESTIN"

Post a Comment