Ada kalanya di penghujung perjuangan[peperiksaan] ada diantara kita semakin tewas mengawal diri, ada yang hampir putus asa kerana kesal pada kertas yang lepas, barangkali tidak melakukan yang terbaik. Mungkin juga emosi terganggu dek ada diantara sahabat-sahabat kita yang telah habis peperiksaan dan berkemas tuk pulang ke kampung halaman. Syabas dan tahniah kepada sahabat-sahabat yang semakin bersemangat dalam pertempuran disaat akhir ini. Harap sahabat-sahabat semua masih istiqomah dan terus fokus pada kertas yang akan datang. Kuatkan semangat, tanamkan azam yang tinggi "AKU INGIN BERJAYA". Jadikan ibu bapa sebagai pendorong terbaik untuk terus kita berusaha mencapai sebuah kejayaan yang cemerlang, insyaallah. Jangan terlalu tertekan tika membuat rivision dan jangan juga terlalu santai. Cuma perlu FOKUS tanpa emosi yang menggangugugat study sahabat. Kepada yang beragama islam, banyakkan solat2 sunat, jaga pandangan,pendengaran,pertuturan agar apa yang telah dipelajari atau di ulangkaji semula lekat diingatan.
Mulakan hari anda dengan hati yang senang. Motivasikan diri anda dengan keyakinan yang tinggi. " AKU SEORANG PEMENANG". "Aku sekarang hidup dipenuhi keyakinan, kepercayaan dan kepastian."
SEMOGA BERJAYA SEMUA.SELAMAT BERJUANG.
0 Response for the "TERUSKAN PERJUANGAN"
Post a Comment