Bangi –5 April 2010. Kursus Pemantapan Organisasi (KPO) bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM sesi 2009/2010 telah diadakan di Hotel Sri Malaysia, Port Dickson. Para Majlis Perwakilan Pelajar sesi ini telah berkampung selama 3 hari 2 malam di sini bermula 26 Mac hingga 28 Mac baru- baru ini.


Kursus Pemantapan Organisasi bertujuan untuk memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada MPP sesi ini mengenai pengurusan dan pentadbiran unversiti. Kursus ini telah dihadiri oleh 28 orang Majlis Perwakilan pelajar. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa, Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar,UKM. KPO telah dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Pelajar.

Sepanjang 3 hari berlansung, pelbagai input telah kami, barisan MPP sesi ini perolehi. Bermula dengan pengenalan bersama Yang Berbahagia Prof. Madya Dr.Kadderi Md Desa diikuti slot bersama Jabatan Bendahari, Jabatan Perkhimatan Pelajar, Pusat Komunikasi Korporat atau dahulu dikenali sebagai Pejabat Perhubungan Awam & KorporatAntara pengisian kursus ini dan slot bersama Pusat Perkembangan Pelajar. Aktiviti luar turut diadakan setelah seharian berada di dewan dimana slot-slot bersama pentadbiran di adakan. Pada hari terakhir kursus ini, barisan MPP telah membentangkan perancangan program yang akan dijalankan sepanjang bergelar Majlis Perwakilan Pelajar sesi ini.


Diharapkan barisan MPP sesi ini mampu menjadi yang "luar biasa baik" dari segi pentadbiran, pengurusan mahupun kebajikan. Semoga ukhwah yang terjalin kekal selamanya agar dapat terus berkhimat untuk semua.


"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"

0 Response for the "KURSUS PEMANTAPAN ORGANISASI"

Post a Comment