::SALAM PMUKM::

Alhamdulillah, tepat jam 9.30 malam, 23 April 2010, bersamaan hari Jumaat, satu kumpulan yang diberi nama Respons@Kebajikan UKM telah dibuat, dipaparkan untuk tatapan dan penglibatan semua orang di laman Facebook








Tujuan penubuhan kumpulan atau laman ini adalah untuk mengumpul segala aduan, kritikan, nasihat, cadangan, maklumbalas, atau secara mudahnya, RESPONS setiap mahasiswa/i UKM terutamanya, dan warga UKM, umumnya.

Kini, laman ini berjaya menarik sekitar 300 mahasiswa/i UKM. InsyaAllah, angka penyertaan dalam kumpulan ini akan sentiasa meningkat, dan segala interaksi akan dibalas secara baik, oleh exco-exco kebajikan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) sesi 2009/2010 yang terdiri daripada Rasydan, Exco Prasarana, Keselamatan, dan Pengangkutan, Nasiha Sakina, Exco Hal Ehwal Pengguna dan Kesihatan, dan Yong Yoon Kian, Exco Tenaga, Air dan Komunikasi.

Sehubungan itu, skuad PMUKM memohon kepada semua warga UKM terutamanya mahasiswa/i UKM untuk sama-sama membantu kami dalam memperjuangkan kebajikan kita bersama-sama.


SUARA KAMI, SUARA ANDA. KEBAJIKAN ANDA, KEBAJIKAN KITA BERSAMA!

Think.Rational.Act.Professional

0 Response for the "KEBAJIKAN ANDA, KEBAJIKAN KITA BERSAMA"

Post a Comment