:: SALAM PMUKM::
Jabatan Perdana Menteri dengan usaha sama Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) serta Pusat Islam UKM dan Kolej-Kolej Kediaman telah berjaya menganjurkan Program Sahur Bersama Rakyat pada 18 & 19 ogos 2010 yang telah berlangsung di Masjid UKM, Bangi. program yang penuh kesederhanaan ini dianjurkan julung-julung kalinya bagi mengimarah dan meraikan bulan pesta ibadat bulan ramadhan yang mulia ini.
Antara Jemaah yang bertadarus
program tersebut bermula selepas solat terawih dengan tadarus Al-quran mengambil tempat sebagai acara pembukaannya. selesai bertadarus para jemaah beriktiqaf dan tidur di masjid. acara seterusnya disambung dengan para jemaah bersama-sama berqiamulail dengan tetamu khas yang hadir iaitu Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Yang Berhormat (YB)Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Haji Shahlan Haji Ismail. Hadir sama ialah ayahandaTimbalan Naib Canselor (HEPA) Prof. Dato Dr. Muhammad Abdul Razak.Qiamulail tersebut di pimpin oleh Ustaz Mohd Fuad Al-Hafiz, Pegawai Pusat Islam UKM.
para jemaah seterusnya bersahur bersama-sama YB Timbalan Menteri dan Ybhg Datuk Haji Shahlan dengan mengguna Talam dengan mengambil pendekatan yang lebih mesra dan untuk merapatkan ukhwah sesama muslim.
Solat Subuh berjemaah dipimpin oleh Ybhg Datuk Haji Shahlan yang seterusnya memberi Tazkirah subuh yang bertajuk Kepimpinan Islam. "Kupasan tajuk yang begitu baik oleh Ybhg Datuk Haji Shahlan telah berjaya membuka minda saya selaku mahasiswa yang masih mencari-cari adakah hanya dengan politik kepimpinan itu mampu signifikan. kini saya lebih mengerti tentang kepimpinan islam yang syumul" kata Ariff salah seorang jemaah yang turut hadir.
Ybhg Datuk Haji Shahlan menyampaikan Tazkirah Subuh
Antara Pegawai Kanan UKM yang hadir turut kelihatan
Ybhg Prof. Dato Dr. Muhammad Abdul Razak TNC HEPA
Jemaah yang mendengar dengan penuh minta tazkirah yang disampaikan oleh
Ybhg Datuk Haji Shahlan
Barisan pimpinan PMUKM merakamkan setinggi penghargaan buat Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pusat Islam UKM, Kolej-Kolej Kediaman dan semua jemaah yang hadir bagi menjayakan Program Sahur Bersama Rakyat tersebut.
"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"
tahniah.. semoga masjid terus diimarah setiap hari dan setiap masa. bukan untuk satu hari. semoga kita semua dirahmati Allah.