::SALAM PMUKM::
&
::SALAM KEMERDAKAAN::
Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat ALLAH S..W.T atas kesejteraan dan keamanan yang telah diberikan kepada bumi Malaysia. TAHNIAH & SYABAS!! untuk Rakyat MALAYSIA. Hari ini tanggal 31 Ogos 2010, sudah 53 tahun kita mengecapi dan berjaya mempertahan kemerdekaan bumi bertuah ini. Pelbagai cabaran, dugaan, pahit manis telah dilalui bagi memastikan MALAYSIA terus bebas dari sebarang bentuk jajahan.
Kini, Ayuh, sedarlah bangsaku,
MERDEKA bukan semata-mata bebas dari taklukan satu kuasa terhadap sebuah negara,
Bebaskan diri daripada segala belenggu yang mampu mengakibatkan pemikiran kita dijajah.
Tiada erti merdekannya negara, bilamana jiwa dan pemikiranmu masih dijajah... renung-renungkan..
RENUNGKANLAN SIAP BAIT SAJAK DIBAWAH:
Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa
Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa
Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara
Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama
Generasiku yang merdeka,
Kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan ini
Andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam
Kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan ini
Jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan
Kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian ini
Kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita,
Saudara sebangsa ku.
Di sinilah halaman mesra kita,
Halaman pusaka – pusaka pejuang terbilang
Halaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah,
Halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri,
Mengorak maju bersama perbawa pemimpin,
Menyantap damai berkat perpaduan warga,
Moga kekal selamanya.
Kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan ini
Andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam
Kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan ini
Jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan
Kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian ini
Kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita,
Saudara sebangsa ku.
Di sinilah halaman mesra kita,
Halaman pusaka – pusaka pejuang terbilang
Halaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah,
Halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri,
Mengorak maju bersama perbawa pemimpin,
Menyantap damai berkat perpaduan warga,
Moga kekal selamanya.
sumber: penyair.wordpress.com
"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"
Pada Hari Merdeka yang baru lalu, akhbar tempatan Kosmo! telah menerbitkan, sebagai rencana utamanya, suatu temuduga dengan SHARYN LISA SHUFIYAN, cicit kepada Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman. Oleh kerana ruang terbitan yang terhad, isi kandungan temuduga asal yang telah dikendalikan melalui emel terpaksa pun diringkaskan. Dengan izin Sharyn, temuduga yang asal itu kami paparkan di sini.
http://www.sayaanakbangsamalaysia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=445:mengikuti-jejak-langkah-tunku&catid=44:current-affairs&Itemid=83