::SALAM PMUKM::

SUKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (SUKEM)

Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) merupakan kejohanan sukan tahunan Universiti Kebangsaan Malaysia yang julung kali diadakan. Kejohanan ini diharapkan menjadi mekanisma untuk mencungkil bakat dan seterusnya sebagai landasan untuk ke kejohanan seperti Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Sukan Universiti Asia (SUA) dan Sukan Universiti Dunia. Konsep pelaksanaan pada tahun ini ialah Pusat Sukan merupakan urusetia dengan kerjasama kolej kediaman dan dibantu oleh Kelah-kelab Sukan. Tarikh kejohanan SUKEM pada kali ini ialah bermula 25 September hingga 6 Oktober 2010.

Antara objektif SUKEM ini diadakan ialah:

  • Meningkatkan kesedaran dan penglibatan para pelajar di dalam kegiatan sukan melalui pertandingan
  • Mengenal pasti bakat-bakat baru untuk diserapkan ke dalam pasukan universiti bagi kejohanan diperingkat yang lebih tinggi seperti MASUM dan SUA.
  • Meningkatkan prestasi sukan pelajar ke arah kecemerlangan sukan universiti.
  • Menanamkan ciri-ciri disiplin yang baik dan semangat cintakan universiti.
  • Meningkatkan interaksi kaum dan silaturrahim antara pelajar-pelajar.



Sebanyak 16 acara yang bakal dipertandingkan pada temasya SUKEM tahun ini iaitu:-

BIL

JENIS SUKAN

TARIKH

TEMPAT

1

Badminton

25-26 Sept

Dewan MPKJ Sek. 15

2

Olahraga

25-26 Sept

Stadium UKM

3

Silat Olahraga

25-26 Sept

Dewan Tun Abdullah Salleh

4

Ping Pong ©

25-26 Sept

Dewan Gemilang

5

Catur ©

25-26 Sept

Dewan Gemilang

6

Tenis

25-26 Sept

Gelanggang Tenis

7

Softball

25-26 Sept

Padang Softball

8

Sepak Takraw

25-26 Sept

Gelanggang Sepak Takraw

9

Bola Sepak

25-26 Sept

Padang Bola Sepak UKM

10

Bola Jaring

2-3 Okt

Gelanggang Bola Jaring

11

Bola Keranjang

2-3 Okt

Gelanggang Bola Keranjang

12

Berbasikal

2-3 Okt

Kampus UKM Bangi

13

Woodball

2-3 Okt

Stadium UKM

14

Futsal (L & W)

2-3 Okt

Gelanggang Tenis (1,2,3,4)

15

Taekwando

2-3 Okt

Dewan Gemilang

16

Ragbi

3 Okt

Padang Ragbi

17

Perbarisan (Penutup)

6 Okt

Stadium UKM

*Para atlet badminton diminta untuk berkumpul di stadium UKM pada pukul 7.00 pagi untuk kenderaan ke Dewan MPKJ Seksyen 15.

Sebanyak 13 pasukan layak untuk menyertai Kejohanan SUKEM kali ini iaitu:-

  • Kolej Dato’ Onn (Kuning)
  • Kolej Aminuddin Baki (Biru Gelap)
  • Kolej Ungku Omar (Ungu)
  • Kolej Burhanuddin Helmi (Hijau)
  • Kolej Ibrahim Yaakob (Hitam)
  • Kolej Rahim Kajai (Merah)
  • Kolej Antarabangsa Ibu Zain (Maroon)
  • Kolej Keris Mas (Oren)
  • Kolej Tun Syed Nasir (Putih Merah)
  • Kolej Idris Al-Marbawi dan Penginapan di Luar Kampus (Biru Gelap)
  • Kolej Tun Hussein Onn (Kuning Coklat)
  • Kolej Tun Dr. Ismail (Biru Kuning)
  • Kolej Pendeta Za’ba (Merah Hitam)


Setiap peserta hanya dibolehkan mewakili satu kolej sahaja. Pelajar-pelajar yang mewakili mana-mana kolej atau pasukan mestilah merupakan pelajar UKM sepenuh masa dan mendaftar serta menginap di kolej tersebut 14 hari sebelum kejohanan bermula kecuali pelajar yang menginap di luar kampus.

*Maklumat tambahan:-

  • Undang-undang permainan antarabangsa yang berkuatkuasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan kecuali apa yang tercatat dalam undang-undang dan Peraturan Khas pertandingan permainan tersebut.


  • Kejohanan akan berlangsung pada 25 September hingga 6 Oktober 2010. Semua pengesahan penyertaan perlu disampaikan kepada Urusetia Jawantakuasa SUKEM 10 hari sebelum bermulanya kejohanan.

  • Pasukan Kolej Idris Al-Marbawi dan Pasukan Luar Kolej (NHO) akan diletakkan di bawah penyelarasan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Johan keseluruhan akan ditentukan seperti berikut:-

·

#Pasukan yang memenangi JOHAN terbanyak dikira pemenang.

#Jika masih seri, pasukan yang memenangi NAIB JOHAN terbanyak dikira menang.

#Jika masih seri, pasukan yang memenangi TEMPAT KETIGA terbanyak dikira

pemenang.

#Jika masih seri, LAMBUNGAN DUIT akan digunakan untuk menentukan pemenang.


  • Pasukan diminta menyediakan minuman sendiri semasa pertandingan berlangsung.

  • Setiap pasukan mestilah berada di lokasi kejohanan 15 minit sebelum masa yang ditetapkan bagi pertandingan itu bermula serta untuk melancarkan pergerakan acara.

  • Bagi pertandingan perbarisan, pertandingan akan diadakan pada 6 Oktober 2010 (Rabu) jam 8.30 malam bertempat di stadium. Acara ini sekaligus diadakan bersama acara penutup.

  • Segala maklumat tambahan yang lain boleh didapati di Pusat Sukan UKM, Exco Sukan

& Rekreasi PMUKM dan juga JAKSA Sukan kolej masing-masing.


-MAJULAH SUKAN UNTUK UKM-

SUMBER: PUSAT SUKAN UKM/EXCO SUKAN & REKREASI PMUKM

2 Response for the "SUKEM SESI 2010/2011"

  1. kolej ibrahim yaakub boleh!!..
    salam highlanders!

  2. macam mana nak tau result?

Post a Comment