

- 1 Januari-28 Februari (bagi sesi kemasukan Januari)
- 1 Jun -31 Julai (bagi sesi kemasukan Julai)


Keputusan Mesyuarat Bersama Pendaftar :
- Tarikh : 27/10/10
- Masa : 1430-1630
- Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftar, Aras 5, Canselori, UKM.
Kehadiran :
- En. Ab. Aziz Othman - Pendaftar
- Mejar Houssaini Abdul Ghani - Ketua Pegawai Keselamatan
- En. Mursidi Ahamad - Ketua Bahagian Pentadbiran Am/Setiausaha
- En. Khalid Sameon - Penolong Pendaftar Unit Kenderaan
- Sdr. Hamzah - Presiden PMUKM
- Sdr. Hazwan - Timbalan Presiden PMUKM
- Sdr. Rasydan - Exco PMUKM
Isu Pengangkutan :
- UKM bersetuju untuk membeli bas baru tetapi tertakluk kepada kewangan Universiti
- Jabatan Pendaftar sentiasa menyediakan kemudahan pengangkutan untuk aktiviti pelajar, dan 95% tempahan kenderaan untuk aktiviti pelajar telah dipenuhi. 5% tempahan yang tidak dapat dipenuhi adalah tempahan yang tidak mengikut prosedur iaitu tempahan yang dibuat pada saat-saat akhir dimana kenderaan tidak dapat disediakan oleh pihak Universiti dan juga pihak syarikat luar.Peringatan kepada pelajar, sekiranya program tidak jadi atau pelajar tarik diri, sila maklumkan sekurang-kurangnya 2,3 hari sebelum tarikh program. UKM terpaksa membayar tempahan bas walaupun anda tidak menggunakannya.
- Pelajar dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak berebut ketika menaiki kenderaan UKM
- UKM akan mengkaji balik jadual perkhidmatan bas, dan aliran perjalanan bas. Segala perubahan selepas ini akan dimaklumkan.
Isu Keselamatan :
- Wisma Aman akan melakukan rondaan lebih kerap, konsisten dan berkesan di tempat-tempat yang dikenal pasti, disamping mempertingkatkan kawalan dengan mengadakan sekatan lalulintas. Pelajar dinasihatkan agar sentiasa membawa kad matrik bersama, dan mendaftar kenderaan masing-masing di Wisma Aman.
- Haiwan liar : UKM sudah menghantar notis menghapus/halau haiwan liar, namun, akan dilaksanakan pada cuti semester bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Pihak Wisma Aman sudah dan akan meneruskan operasi menangkap haiwan liar setiap bulan.
- CCTV : semua CCTV sudah disemak, dan kini berada pada tahap pengauditan. Akan berfungsi sepenuhnya selepas pengauditan. Jabatan Pendaftar akan memaklumkan kepada seluruh kolej kediaman agar membuka rangkaian CCTV (LMC) agar pemantauan dapat dibuat dengan lebih berkesan. Jabatan Pendaftar juga akan membeli pertambahan penstoran data daripada CCTV agar segala rekod tidak dipadamkan secara automatik. Tambahan CCTV sudah dimohon.
- Kecurian : Semua pelajar diminta berhati-hati dan sentiasa berwaspada terhadap barangan peribadi masing-masing. Anda diminta untuk terus menghubungi Wisma Aman di talian 03 89214666 jika ada sebarang masalah keselamatan, dan berjumpa orang yang berkelakuan pelik dan mencurigakan.
- Sebarang kecurian hendaklah dilaporkan terus kepada Wisma Aman.
Isu Prasarana/Fasiliti/Kemudahan
-akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP)-
Pihak PMUKM akan mengadakan pertemuan secara berkala dengan jabatan-jabatan UKM dan persatuan-persatuan pelajar untuk menjaga kebajikan pelajar. Isu-isu yang kritikal akan diperjuangkan agar dapat dilaksanakan secepat mungkin. Sebarang masalah dan isu bolehlah menghubungi mana-mana Exco dan Ahli PMUKM, agar kita dapat melaksanakan dan menyelesaikan masalah secepat mungkin demi kebaikan bersama.
KEBAJIKAN KAMPUS TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Mohd Rasydan Bin Mohd Rais
Exco Prasarana, Keselamatan, Dan Pengangkutan
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mahasiswa Tunjang Aspirasi Universiti
::SALAM PMUKM::
Borang Aduan turut disertakan atau melalui Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi (JAKSA) kolej masing-masing.

Allahyarham Encik Mohamad Mustafa Mohtar
Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia
::SALAM PMUKM::
7 September 2010, Selasa bersamaan 28 Ramadhan 1431 h, Timbalan Pendaftar JPpel
telah kembali ke rahmatullah.Beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.30 pagi.
PMUKM mewakili semua mahasiswa/i UKM mengucapkan takziahkepada ahli keluarga
beliau.Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang
yang beriman. amin.
Untuk renungan bersama:
Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu
Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya
Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian
Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi
Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang
Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?



Kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan ini
Andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam
Kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan ini
Jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan
Kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian ini
Kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita,
Saudara sebangsa ku.
Di sinilah halaman mesra kita,
Halaman pusaka – pusaka pejuang terbilang
Halaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah,
Halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri,
Mengorak maju bersama perbawa pemimpin,
Menyantap damai berkat perpaduan warga,
Moga kekal selamanya.
"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"
- Berumur 21 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia
- belum pernah mendaftar sebagai pemilih








::SALAM PMUKM::
SUKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (SUKEM)
Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) merupakan kejohanan sukan tahunan Universiti Kebangsaan Malaysia yang julung kali diadakan. Kejohanan ini diharapkan menjadi mekanisma untuk mencungkil bakat dan seterusnya sebagai landasan untuk ke kejohanan seperti Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Sukan Universiti Asia (SUA) dan Sukan Universiti Dunia. Konsep pelaksanaan pada tahun ini ialah Pusat Sukan merupakan urusetia dengan kerjasama kolej kediaman dan dibantu oleh Kelah-kelab Sukan. Tarikh kejohanan SUKEM pada kali ini ialah bermula 25 September hingga 6 Oktober 2010.
Antara objektif SUKEM ini diadakan ialah:
- Meningkatkan kesedaran dan penglibatan para pelajar di dalam kegiatan sukan melalui pertandingan
- Mengenal pasti bakat-bakat baru untuk diserapkan ke dalam pasukan universiti bagi kejohanan diperingkat yang lebih tinggi seperti MASUM dan SUA.
- Meningkatkan prestasi sukan pelajar ke arah kecemerlangan sukan universiti.
- Menanamkan ciri-ciri disiplin yang baik dan semangat cintakan universiti.
- Meningkatkan interaksi kaum dan silaturrahim antara pelajar-pelajar.
Sebanyak 16 acara yang bakal dipertandingkan pada temasya SUKEM tahun ini iaitu:-
BIL | JENIS SUKAN | TARIKH | TEMPAT |
1 | Badminton | 25-26 Sept | Dewan MPKJ Sek. 15 |
2 | Olahraga | 25-26 Sept | Stadium UKM |
3 | Silat Olahraga | 25-26 Sept | Dewan Tun Abdullah Salleh |
4 | Ping Pong © | 25-26 Sept | Dewan Gemilang |
5 | Catur © | 25-26 Sept | Dewan Gemilang |
6 | Tenis | 25-26 Sept | Gelanggang Tenis |
7 | Softball | 25-26 Sept | Padang Softball |
8 | Sepak Takraw | 25-26 Sept | Gelanggang Sepak Takraw |
9 | Bola Sepak | 25-26 Sept | Padang Bola Sepak UKM |
10 | Bola Jaring | 2-3 Okt | Gelanggang Bola Jaring |
11 | Bola Keranjang | 2-3 Okt | Gelanggang Bola Keranjang |
12 | Berbasikal | 2-3 Okt | Kampus UKM Bangi |
13 | Woodball | 2-3 Okt | Stadium UKM |
14 | Futsal (L & W) | 2-3 Okt | Gelanggang Tenis (1,2,3,4) |
15 | Taekwando | 2-3 Okt | Dewan Gemilang |
16 | Ragbi | 3 Okt | Padang Ragbi |
17 | Perbarisan (Penutup) | 6 Okt | Stadium UKM |
*Para atlet badminton diminta untuk berkumpul di stadium UKM pada pukul 7.00 pagi untuk kenderaan ke Dewan MPKJ Seksyen 15.
Sebanyak 13 pasukan layak untuk menyertai Kejohanan SUKEM kali ini iaitu:-
- Kolej Dato’ Onn (Kuning)
- Kolej Aminuddin Baki (Biru Gelap)
- Kolej Ungku Omar (Ungu)
- Kolej Burhanuddin Helmi (Hijau)
- Kolej Ibrahim Yaakob (Hitam)
- Kolej Rahim Kajai (Merah)
- Kolej Antarabangsa Ibu Zain (Maroon)
- Kolej Keris Mas (Oren)
- Kolej Tun Syed Nasir (Putih Merah)
- Kolej Idris Al-Marbawi dan Penginapan di Luar Kampus (Biru Gelap)
- Kolej Tun Hussein Onn (Kuning Coklat)
- Kolej Tun Dr. Ismail (Biru Kuning)
- Kolej Pendeta Za’ba (Merah Hitam)
Setiap peserta hanya dibolehkan mewakili satu kolej sahaja. Pelajar-pelajar yang mewakili mana-mana kolej atau pasukan mestilah merupakan pelajar UKM sepenuh masa dan mendaftar serta menginap di kolej tersebut 14 hari sebelum kejohanan bermula kecuali pelajar yang menginap di luar kampus.
*Maklumat tambahan:-
- Undang-undang permainan antarabangsa yang berkuatkuasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan kecuali apa yang tercatat dalam undang-undang dan Peraturan Khas pertandingan permainan tersebut.
- Kejohanan akan berlangsung pada 25 September hingga 6 Oktober 2010. Semua pengesahan penyertaan perlu disampaikan kepada Urusetia Jawantakuasa SUKEM 10 hari sebelum bermulanya kejohanan.
- Pasukan Kolej Idris Al-Marbawi dan Pasukan Luar Kolej (NHO) akan diletakkan di bawah penyelarasan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Johan keseluruhan akan ditentukan seperti berikut:-
·
#Pasukan yang memenangi JOHAN terbanyak dikira pemenang.
#Jika masih seri, pasukan yang memenangi NAIB JOHAN terbanyak dikira menang.
#Jika masih seri, pasukan yang memenangi TEMPAT KETIGA terbanyak dikira
pemenang.
#Jika masih seri, LAMBUNGAN DUIT akan digunakan untuk menentukan pemenang.
- Pasukan diminta menyediakan minuman sendiri semasa pertandingan berlangsung.
- Setiap pasukan mestilah berada di lokasi kejohanan 15 minit sebelum masa yang ditetapkan bagi pertandingan itu bermula serta untuk melancarkan pergerakan acara.
- Bagi pertandingan perbarisan, pertandingan akan diadakan pada 6 Oktober 2010 (Rabu) jam 8.30 malam bertempat di stadium. Acara ini sekaligus diadakan bersama acara penutup.
- Segala maklumat tambahan yang lain boleh didapati di Pusat Sukan UKM, Exco Sukan
& Rekreasi PMUKM dan juga JAKSA Sukan kolej masing-masing.