KENYATAAN PRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA:

4 PELAJAR UKM DI DAKWA DI ATAS KESALAHAN AUKU

Empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), jurusan Sains Politik bakal dibicarakan pada 2 dan 3 Jun ini di Mahkamah Universiti. Mereka bakal dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), pindaan 2008, yang secara jelas melarang kesemua pelajar IPTA, kecuali UIAM dan UITM menyertai, atau memberi sokongan kepada mana-mana parti politik, atau mana-mana pertubuhan, badan, atau kumpulan yang menyalahi undang-undang. Tindakan mereka yang mengecam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) umumnya, dan UKM, khususnya adalah tidak wajar dan menunjukkan ketidak matangan mereka. Tuntutan mereka yang meminta UKM menarik balik dakwaan juga merupakan tuntutan yang tidak berasas. Pada hemat saya, mereka sepatutnya menghadiri prosiding dan perbicaraan dahulu dan memberi kerjasama yang baik sepanjang perbicaraan. Tindakan menghantar referendum, memorandum dan membuat petisyen yang mendesak dan terlalu agresif itu, bakal mengeruhkan keadaan lagi.

Bercakap soal AUKU. AUKU telah pun dipinda pada tahun 2008. Pindaan yang jelas melarang pelajar menyertai mana-mana parti politik, saya lihat lebih banyak kebaikan dari keburukan. AUKU ini tidaklah menyekat dan menghalang mana-mana pelajar dari kegiatan berpersatuan, apatah lagi membina kemahiran insaniah seperti yang digembar gemburkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. AUKU pindaan 2008 telah memberikan kebebasan berpersatuan kepada pelajar, dimana-mana ianya membenarkan pelajar universiti menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan sama ada atau ianya ditubuhkan dibawah mana-mana undang-undang bertulis sama ada ia di dalam atau di luar universiti, dan sama ada ia di dalam atau luar Malaysia, kecuali parti politik, sama ada di dalam atau luar negara, pertubuhan, badan atau kumpulan yang dikenalpasti oleh menteri sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti.

Larangan politik keatas pelajar dapat dilihat kebaikannya melalui beberapa perkara berikut. Pertamanya, penglibatan pelajar secara aktif dalam politik akan mewujudkan polarisasi kaum, ideologi dan agama dalam kalangan pelajar. Lebih membimbangkan apabila universiti yang sepatutnya aman dan tenang dan sesuai untuk belajar, menjadi tidak kondusif akibat daripada pergerakkan politik yang kadangkala, bahkan sepanjang masa mempunyai percangahan ideologi, visi, dan misi perjuangan.

Keduanya ianya mengelakkan pelajar terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang boleh mempengaruhi keutamaan pelajar untuk menuntut ilmu. Apakah perasaan ibu bapa yang berniat melihat kejayaan anaknya dalam pelajaran, tiba-tiba ditangkap dan dihukum buang daripada universiti? Saya pasti, menitik air mata ibu, berkecai harapan dan impian bapa, apabila anak mereka didakwa dan dihukum sedemikian. Matlamat, harapan, dan impian ibu bapa juga perlu diberi perhatian, kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

Pelajar universiti telah menerima hampir 90% subsidi pendidikan daripada peruntukan kewangan kerajaan. Maka, sudah pasti, kerajaan mengharapkan pelajar tersebut memberi sepenuhnya tumpuan kepada pelajaran, dalam usaha untuk membantu meningkatkan mutu dan taraf hidup, dan seterusnya menaikkan lagi nama Malaysia di persada dunia.

Berkenaan kenyataan keempat-empat tertuduh ingin membuat kerja lapangan di Hulu Selangor, saya fikir, tiada sebarang masalah dan halangan untuk mereka membuat sedemikian untuk kajian ilmiah mereka, sekiranya, mereka mendapat kebenaran bertulis daripada pensyarah, dan di sokong oleh Prof. Dato’. Dr. Mohammad Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM. Pekeliling universiti telah pun dikeluarkan , dimana intipatinya melarang mana-mana pelajar terlibat atau menunjukan simpati dan sokongan pada mana-mana parti politik, tidak hanya menjurus kepada sebahagian parti politik sahaja. Sebagai seorang pelajar yang boleh dikatakan membawa imej dan nama UKM, saya fikir, kita perlu mematuhi peraturan-peraturan universiti, apatah lagi, larangan TNC HEPA yang merupakan “ayah” kepada kita di bumi UKM.

Jadi, saya berharap agar isu ini tidak diperbesarkan dan menjadi agenda atau isu kepada mana-mana parti politik. Kepada pelajar yang terbabit, Ismail Aminuddin, Hilman Idham , Woon king Chai, dan Azlin Shafina Adzha, saya berharap agar anda semua tenang dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang perbicaraan. Pihak PMUKM akan membantu sebaik mungkin untuk melindungi dan memperjuangkan kebajikan anda. Jangan turuti hati,perasaan dan nafsu amarah kerana kelak, ia bakal menyusahkan anda dan orang-orang disekeliling anda. Gunalah akal ciptaan Ilahi sebaiknya. Sesungguhnya, akal yang baik menunjuk anda seorang yang bijaksana, professional, dan yang paling penting, MATANG.

“MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI”

MOHD HAMZAH ZAINUL ABIDIN

PRESIDEN

PERSATUAN MAHASISWA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

17 Response for the "PRESIDEN PMUKM : TENANG HADAPI PERBICARAAN"

  1. hilman penipu.. konon nk lihat perjalanan pilihan raya.. kesian mahasiswa kena tipu nk selamatkan hilman n the gang.. dah terang kempen utk pkr.. wtf la hilman aku sokong ko d buang U menyusahkan

  2. kepada 4 sekawan yg nak di dakwa tu, kalau agak perlukan talian hayat, hubungi saya di no 012-9770412. Saya mungkin boleh membantu anda.

  3. baut malu ukm jer

  4. politik malaysia & UKM macm taik!!!

  5. anonymous : jangan malu untuk mendedahkan identiti. tiada tindakan AUKU diambil dalam blog ini. nyatakan siapa anda, dari mana.

  6. statement pres PMUKM x mtg lgsung.haha..point cm bdk2.hahahahahahahahahahahaha..mntak maaf la pres..mmg mnampakkan ketidakprofesionalan sbgai seorg pres..ermm..hidup aspirasi!!

  7. polarisasi kaum??kalo prstuan pon sama je..time PRKampus sama je cam poltik luar..subsidi??itu mmg tggungjawab krajaan..rkyat mmpu mmilih..yg jadi kene tgkap sbb si Rosma Ayu tu sebok dok cari mangsa dia..dapt duit r tu.hehehe

  8. anonymous wey.. ckp belakang boleh la.. aku pun boleh ckp dulu aku pernah bunuh 10 orang sekali tumbuk.. haih.. budak2 budak2..

  9. konfem la bangsat2 ni ajak org2 luar demo nnt kat canselori..

  10. aku sokong 300% cakap presiden pmukm ni....

    kalau 4 orang ni yg berkempen untuk UMNGOK, dah tentu-tentunye la x kna dgn AUKU ni kn?????

    sapa suroh sokong pembangkang, kan dah susahkan mak ayah..

    oleh itu, marilah kawan2 suma kita sokong UMNGOK supaya x kna tahan dgn AUKU ye, presiden dah beri jaminan sokong UMNGOK confirm x kna ngan AUKU!!!

  11. bongok punya UKM n UMNGOK..

    dah terang lagi bersuluh diorang student POLITICAL SCIENCE....

    memang la dah jadi tanggungjawab diorang untuk turun padang....

    kalau tak, tak perlu wujudkan course tu di UKM..

    dasar bongok!!

  12. political scienec tipu oii
    hahahaha ops!!
    kah kah kah kah
    ingat org xkenal ke sape hilma tu?

  13. POLITICAL SCIENCE???? cehhhhh!!!!! alasan je 2..
    biase org dah kena tangkap mcm 2 la..
    ade je alasan2 nye..
    walhal dah jelas2 UKM keluarkan larangan.. tipu sangat la kalo x tau larangan 2..
    kalo dah tau nak g sbagai student, g la mintak kebenaran awal2..
    ke sengaja nak cabar praturan UKM???

  14. nk ckap depan2 ajak debat pon xnk dtg..haha..ayah!!tlonggg!!ade org kacau sy..dorg ni nk kene AUKU gk ni..AYAH............AUKU kn je dorg ni..mnyusahkan org je..AYAH suh la dorg skong UMNO bru la xkene dakwa..

  15. aku menyampah bila org komen, kutuk2 orang guna anonymous....

  16. With all due respect Mr. President, I believe your statement is rather out of touch with reality.

    For instance, you opine that with political activism on campus, there will be racial, religious and idealogical polarisation. Have you taken a walk around your university lately? Polarisation is happening now. Not having a common idealogical touchstone with their peers will only worsen the problem. Will people disagree on ideologies? Definitely. But that is in fact, if you haven't noticed, the whole point of democracy - to allow differing viewpoints and needs to be heard, discussed and debated.

    You have a salient point regarding the need for students to learn. I wonder if you've taken a look at the current situation regarding graduates? We are inundated with graduates who score nothing but A's, who come out and fail to secure a proper job, or fail to contribute to nation building. Have you wondered why?

    The answer is simple. "Education" is not about getting the most A's. Education is about learning to become contributing members to society, of which professional courses such as engineering or the arts are but one part. More importantly, students need to learn to contribute to their country socially and politically. For many, many years our students have been denied this. The result is plain to see. We have graduates who are impotent when it comes to nation building.

    I am proud of the 4 UKM students who decided to participate actively in the future of the country. I think they bring honour to UKM and to the country and to the youths of today. They have contributed far more to the future of our nation than this statement you have given ever will.

    Good day to you, sir.

  17. Halo Encik presiden, nak tanya yang mana pemimpin politik tidak
    aktif dalam politik apabila berada di universiti? Yand kedua,
    kenapa tiba-tiba pula wujudnya polarisasi kaum? Bukannya di bawah
    1 Malaysia, semua rakyat adalah sama? Ataupun encik presiden yang
    telah berpolarisasi? Ketiga, apakah buktinya melibat diri
    dalam politik akan menjejaskan pelajaran? Pelajar-pelajar
    di universiti luar negara misalnya di UK, USA, Australia
    sebanyak sedikit pun mengetahui situasi politik negara mereka
    dan tidak kurang juga yang berkempen untuk parti politik.
    Yang amat penting ialah, 4 pelajar tersebut adalah dalam
    jurusan sains politik, sepatutnya mereka dibenarkan berkecimpung
    dalam dunia politik. Ke-empat, kerajaan Australia, UK dan USA
    juga mensubsidi pendidikan universiti, dan pelajar diberi kebebasan
    yang jauh lebih banyak daripada pelajar tempatan. Kalau negara-negara
    tersebut tidak cukup berpengaruh di dunia, dari siapakah kita
    belajar? Pada pendapat saya, apa yang encik presiden tulis
    di atas, boleh disifatkan sebagai artikel yang ditulis oleh
    seseorang yang bagai katak di bawah tempurung, dengan poin-poin
    yang TIDAK MATANG lansung, sebaliknya, yang 4 pelajar itu lebih
    matang daripada anda. Semoga tuhan di samping mereka.

    Jamie.
    Salam daripada United Kingdom.

Post a Comment