::Salam PMUKM::

Pada bulan April yang lepas telah di adakan satu menyuarat Majlis Perwakilan Pelajar PMUKM bersama Pendaftar. Pihak pendaftar terdiri daripada Mejar Houssaini Abd Ghani, Ketua Pegawai Keselamatan, En Mursidi Ahamad, Penolong Pendaftar Kanan dan En Din Sulong manakala dari pihak PMUKM terdiri daripada Saudara Mohd Hamzah,Saudara Mohd Hazwan Hamidun, Saudari Nurul Hartini, Saudari Aimi Rashidah dan Saudara Daniel Wa Wai How
Pada mesyuarat tersebut beberapa perkara telah di bincangkan bersama. Antaranya:
  • CCTV
  • Perkhidmatan Bas
  • Park and Ride
  • Kenderaan (INNOVA)
  • Keselamatan Dan Prasarana
  • Sukan
  • Dll
Untuk maklumat bersama, pihak UKM menyediakan kenderaan (INNOVA) bagi kemudahan pelajar. Sehubungan dengan itu, mana-mana pelajar yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini perlu membuat permohonan/tempah selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh diperlukan.

Untuk penunggang motosikal anda dinasihatkan untuk tidak meletakkan/parking motosikal anda secara berlapis-lapis dikawasan PTSL. Parking motosikal anda pada tempat yang betul.

Skuad PMUKM memohon kerjasama semua mahasiswa/i yang berhadapan dengan masalah di kaunter tempahan/pinjaman unit sukan seperti kaunter tutup pada waktu sepatutnya ia beroperasi dan lain-lain, Sila maklumkan kepada pihak PMUKM beserta laporan lengkap seperti masa, tempat dan siapa yang berkenaan.

Begitu juga dengan masalah bas. Sekiranya mahasiswa/i mempunyai masalah atau tidak puas hati dengan perkhidmatan bas, ambil no pendaftaran bas terbabit, masa dan tempat, maklumkan kepada PMUKM.

Bagi masalah keselamatan seperti binatang(ular) masuk dalam kolej kediaman/bilik boleh laporkan terus kepada UNIT KESELAMATAN 03- 89214666 dan juga masalah keselamatan lain seperti kecurian dan sebagainya.

0 Response for the "MESYUARAT BERSAMA PENDAFTAR"

Post a Comment