::SALAM PMUKM::

17 MEI 2010, ISNIN - Dari mahasiswa kepada mahasiswa. PMUKM terus menyusun langkah dalam menyelesaikan masalah mahasiswa. Aduan demi aduan telah PMUKM terima mengenai ketidakpuasan hati mahasiswa/i UKM dengan Jabatan Bendahari. Rentetan daripada itu, satu pertemuan telah diatur.

Antara perkara yang telah dibangkitkan adalah mengenai pertambahan yuran dari masa ke semasa,kaedah pembayan yuran, yuran kemudahan/kolej/pengajian.

Menjawab dan respons kepada segala persoalan dan pertanyaan saudara/i mahasiswa/i UKM mengenai Yuran Aktiviti JAKSA Kolej Kediaman UKM yang dibayar sebanyak RM 100 saban sesi, di sini,PMUKM ingin memberi perincian di atas setiap ringgit yang anda bayarkan kepada pihak kolej melalui Bendahari UKM. Berikut merupakan perinciannya.

  1. Aktiviti JAKSA : RM 30.00
  2. Jamuan Tahunan : RM 20.00
  3. Kebajikan : RM 10.00
  4. T-Shirt MMP : RM 16.00
  5. Bilik Sumber : RM 20.00
  6. Kad Kolej : RM 4.00
JUMLAH RM 100.00

sumber : Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UKM.

Sehubungan itu, suka PMUKM mengingat dan menasihati rakan-rakan, saudara/i, mahasiswa/i UKM beberapa perkara.

1. Jangan membayar apa-apa yuran lain yang diminta pihak kolej, misalnya t-shirt kolej, kerana anda telah pun membayar t-shirt kolej berharga RM 16.00 yang standard, dan sama bagi semua warga kolej anda, kecuali, t-shirt program anjuran JAKSA kerana ianya merupakan cara untuk menyatakan sokongan anda kepada pimpinan JAKSA kolej kediaman anda. Jikalau betul-betul tidak berkemampuan, sila jelaskan kepada JAKSA anda.

2. Perjuangkan kebajikan anda. Anda telah membayar yuran kebajikan sebanyak RM 10.00 seorang. Justeru, jika anda dapati kebajikan anda tidak terjaga, misalnya tiada paip air, pili air rosak, tombol pintu rosak (bukan sengaja dirosakkan), lampu kalimantang terbakar, segeralah lapor kepada JAKSA Kebajikan anda, dan pihak pengurusan kolej kediaman masing-masing. Masalah air merupakan masalah utama semua Kolej Kediaman. Pihak UKM akan mengambil inisiatif untuk menangani masalah ini bermula Jun 2010.

3. Manfaatkan Bilik Sumber Kolej Kediaman anda. Anda berhak mendapat ruang untuk berada di bilik sumber kolej kediaman anda masing-masing atas bayaran RM 20.00. Jadikanlah amalan membaca, amalan rutin harian anda. Jadikan diri anda, individu yang mempunyai pemikiran luas, dan mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang. Yang penting, elakkan maksiat, dan perkara sumbang.

4. Teruskan dan sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti dan program-program yang dianjurkan JAKSA Kolej Kediaman anda. RM 30.00 dan RM 20.00 masing-masing digunakan untuk setiap program anjuran mereka. Jikalau anda tidak berpuas hati dengan program mereka, jumpalah mereka, dan nyatakan lah luahan hati anda secara berhemah. Jangan memboikot. Mereka juga insan biasa. Kesilapan dan kekhilafan sentiasa berlaku pada insan lemah. Nasihati, dan berilah sokongan sepadu mungkin kepada JAKSA yang memegang amanah ini.

5. Kad Kolej yang telah anda bayar sebanyak RM 4.00 itu merupakan identiti dan bukti yang menunjukkan anda merupakan pelajar yang menetap dan menginap di kolej itu. Bawalah ia kemana sahaja atas faktor berjaga-jaga, dan keselamatan. Setiap kolej memuatkan 1000 pelajar, kecuali di Kolej Za'aba dan Kolej Keris Mas yang memuatkan sehingga 2000 pelajar dan mungkin lebih lagi. Mustahil bagi pihak pengurusan kolej, termasuk JAKSA, dan Felo untuk mengenali kesemua pelajar yang menginap di kolej itu. Berilah kerjasama sebaik mungkin kepada pihak pengurusan kolej yang menjaga kebajikan dan keselamatan anda sepanjang anda berada di kolej kediaman di bawah pengurusan mereka.

Bagi pertambahan yuran masa ke semasa berlaku disebabkan pada awal pendaftaran setiap semester hanya yuran pra pendaftaran yang akan dipotong. Yuran- yuran lain akan dipotong kemudian mengikut pengesahan yang telah pelajar buat.

Yuran kemudahan sebanyak RM 45 adalah untuk kemudahan wireless.


Sekiranya berlaku segala kesulitan atau permasalahan anda boleh membuat aduan kepada sistem aduan online atau merujuk kepada pihak yang terbabit atau terus kepada bilik PMUKM.


0 Response for the "LAWATAN KERJA KE JABATAN BENDAHARI"

Post a Comment