::SALAM PMUKM::

13 MEI 2010, KHAMIS- Barisan kepimpinan PMUKM telah diketuai oleh Saudara Harikrisnan, Naib Presiden 2 dalam satu perjumpaan bersama Unit Kenderaan yang diketuai oleh En Din Sulong, Penolong Pegawai Tadbir.

Dalam perjumpaan, En Din menerangkan 3 fungsi utama unit kenderaan iaitu

1. Perkhidmatan Pengangkutan
2. Mengurus dan menyelenggara kenderaan rasmi UKM
3. Mengurus perolehan dan pelupusan kenderaan rasmi

Berkaitan fungsi pertama, perkhidmatan pengangkutan yang disediakan adalah kepada mahasiswa/i UKM, kakitangan UKM khususnya dan pihak luar yang memerlukan perkhidmatan amnya.

Untuk pengetahuan semua, bagi pengurusan dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan keatas:

• Bas - 24 buah
• Bas Mini/coaster - 5 buah
• Van/Mpv - 6 buah
• Lori - sebuah
• Kereta - 12 buah
• Pacuan - 12 buah
• Kereta Rasmi Jawatan - 42 buah

Objektif kualiti yang diberi penekanan oleh unit kenderaan ialah

• Sampai selamat dalam tempoh yang ditetapkan
• Peyelenggaraan mengikut jadual yang ditetapkan

Perkhidmatan bus mula beropersi pada jam 7.30 pagi yang bermula dari stesen masing-masing sehingga jam 11 malam. Sekiranya perkhidmatan bas pada masa-masa yang telah dinyatakan gagal dipenuhi, mahasiswa/i bolehlah membuat aduan bertulis,sms,atau diemailkan


Saluran aduan: Surat aduan boleh di hantar ke Pejabat PMUKM (aras 3 pusanika)

Email kepada:
pmukm0910@gmail.com
rasydanpmukm@gmail.com
hanapmukm@gmail.com

Talian aduan:
013-2509846 (Rasydan Exco Prasarana, Keselamatan, dan Pengangkutan)
03 – 89214333 (En Din Sulong)

Masalah mengenai kerosakan tempat duduk dan asap bas yang tebal turut diutarakan. Selain masalah tentang kelewatan bas pada masa dan destinasi yang sepatutnya serta bas yang sama serentak sampai pada masa dan destinasi yang sama.

Respons dari permasalah ini, En Din Sulong menyatakan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap kerosakan dan melakukan penyelanggeraan yang lebih terhadap bas yang mengeluarkan asap bas yang tebal. Mahasiswa/i turut boleh membantu dengan melaporkan no. pendaftaran bas yang mengeluarkan asap tebal kepada saluran aduan diatas bagi mengatasi masalah ini.

“Mengenai kelewatan, bas akan ke destinasinya sebuah setiap setengah jam. Mungkin pelajar ketinggalan bas, tetapi mendakwa bas lewat.” Terang En Din.

Soalan diajukan lagi berkaitan bas yang sama datang serentak pada waktu yang sama dan tempat yang sama. Tapi bila bas diperlukan sebuah pun tidak kelihatan.

“Sebenarnya,bas akan bergerak serentak pada waktu yang sama dari stesen yang berlainan dan menuju ke destinasi yang sama. Mungkin di sini pergerakan bas seolah-oalh serentak”. Jawabnya lagi

Berkaitan dengan etika pemandu turut dipersoal. Justeru, semua pihak perlu mendapatkan nama, atau sekurang-kurangnya no. pendaftaran kenderaan untuk melaporkan jika ada pemandu yang bersikap kasar, dan tidak mesra pelajar.

Untuk perhatian, mahasiswa/i yang ingin menempah sebarang kenderaan rasmi UKM untuk tujuan rasmi, perlu mendapat kelulusan program terlebih dahulu daripada Pusat Perkembangan Pelajar (PPP), dan seterusnya perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) bagi sebarang tempahan kenderaan.

Untuk tempahan berat/bas/lori/van boleh berhubung dengan
En Izham 03-89213292

Manakala untuk tempahan kecil
Puan Siti Balkish 03-89215325

Tempahan kenderaan perlu dilakukan seminggu sebelum tarikh penggunaan. Pembatalan tempahan kenderaan boleh dibuat sehari sebelum tarikh penggunaan. Pembatalan perlu disertakan bersama surat pembatalan yang disahkan oleh JPPel.

Perkhidmatan bas semester 3 akan beroperasi sehingga 25 Jun 2010.

Harap Maklum. Sekian.

0 Response for the "LAWATAN KERJA KE UNIT KENDERAAN"

Post a Comment