::SALAM PMUKM::

Pada 12 Mei yang lepas PMUKM telah membuat satu kunjungan mesra ke Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP). Untuk pengetahuan semua, JPP merupakan 1 unit pentadbiran yang terdapat di UKM yang bertanggunjawab terhahap pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur UKM.

Dalam kunjungan mesra tersebut, beberapa perkara telah diajukan dari pihak PMUKM kepada pihak JPP. Barisan PMUKM melontar aduan seperti mana yang telah diterima daripada mahsiswa/i UKM.

Antara perkara yang difokuskan, pembangunan di kolej-kolej kediaman. Dimana ketiadaan "grill" atau gerigi tingkap yang memudahkan pencerobohan masuk ke dalam blok-blok pelajar.
Turut dicadangkan agar pemasangan selak berantai di belakang pintu bilik terutama blok pelajar perempuan.

Perkara yang berikutnya mengenai kerosakan jalan. Pada hari ini, kerosakan jalan semakin menjadi-jadi dalam UKM. Justuru, PMUKM menggesa agar JPP mengambil tindakan segera terhadap perkara ini memandangkan kerosakan ini boleh mengundang kemalangan. Selain itu juga, pihak PMUKM turut memohon perhatian pihak JPP untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai segi tiga penghadang jalan di pintu masuk pavilion yang mana kewujudan segi tiga tersebut tidak disedari kebanyakkan pengguna jalan raya yang juga mengudang kepada kemalangan.

Masalah lampu jalan yang tidak berfungsi, dan pencahayaan lampu yang mengelirukan dan memohon penambahan lampu jalan di kawasan-kawasan yang menjadi laluan pelajar serta tempat-tempat yang berkemungkinan berlakunya kes jenayah seperti kecurian turut diketengahkan.

Kemudahan di fakulti dan kolej seperti watercooler turut dibincangkan. Dimana dalam rancangan JPP untuk menukarkan watercooler yang sedia ada kepada Dr. Sukida. Selain itu juga kerosakan tandas di fakulti mohon untuk diselenggara secara berkala.

Longgokan sampah di kolej dan fakulti tidak dikutip mengganggu laluan dan pandangan. PMUKM memohon agar CCTV berfungsi dengan lebih efisyen.

Dengan segala permasalahan yang telah dikemukakan, pihak JPP mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatian dan kerjasama pihak PMUKM atas aduan dan maklumat yang telah diberikan. Daripada pihak JPP akan mengambil tindakan segera dalam penambahbaikan infrastruktur UKM. Diharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

2 Response for the "LAWATAN KERJA KE JABATAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN"

  1. mana MPP GMUKM??kata da bkerjasama..mnipu je aspirasi ni!!

  2. Salam..Naib-naib Presiden PMUKM telah menjemput kesemua 35 MPP untuk bersama-sama dalam siri lawatan ke Jabatan-jabatan..ramai yang sedang jalani Latihan Industri.Sila jangan buat tuduhan melulu.

Post a Comment