Konsep Logo Sambutan 40 Tahun UKM : Kontemporari
1. Asas rekaan logo sambutan ke-40 tahun UKM adalah bermotifkan Bunga Raya. Ia dipilih kerana Bunga Raya sebagai BUNGA KEBANGSAAN selaras usaha UKM dalam memartabatkan keperibadian bangsa. Tiga kolopak yang berwarna merah melambangkan tiga komponen penting, iaitu, visi, misai dan falsafah UKM yang menjadi teras dalam menjana wawasan 2020. Ia juga mencerminkan UKM sebagai pusat kecemerlangan berorientasikan penyelidikan yang terus maju ke arah menjadi sebuah universiti yang cemerlang, gemilang, dan terbilang di rantau ini, dan persada antarabangsa.
2. Angka 40 pula merujuk kepada ulangtahun ke-40 tahun penubuhan UKM (1970-2010). Penggunaan warna merah pada angka 40 menggambarkan semangat, kesediaan, dan keupayaan UKM dalam menujah transformasinya sebagai UNIVERSITI PENYELIDIKAN yang ulung dan unggul di negara ini. Lapan bulan yang berwarna kuning pada bahagian atas membawa maksud kecemerlangan yang dicipta bersama-sama lapan tujahan (niche) UKM sebagai hala tuju universiti. Niche yang dirujuk adalah
i) Jati Diri Kebangsaan, Negara Bangsa, Kepelbagaian Budaya, dan Globalisasi
ii) Pembangunan Lestari Wilayah
iii) Tenaga Keterbaharuan
iv) Teknologi Kesihatan dan Perubatan
v) Perubahan Iklim
vi) Nanteknologi dan Bahan Termaju
vii) Kepelbagaian Biologi dalam pembangunan Bioteknologi
viii) ICT Informatik Isian
3. Tema sambutan ke-40 tahun UKM, iaitu, 'Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan' diletakkan bersebelahan pada angka 40 bagi menggambarkan semangat gigih, keteguhan, iltizam, serta berdaya saing, sepanjang tempoh 40 tahun usaha merealisasikan matllamat sebagai universiti penyelidikan terkehadapan.
4. Abjad UKM adalah singkatan bagi nama Universiti Kebangsaan Malaysia, penggunaan warna biru pada huruf tersebut, menggambarkan kualiti, inovatif, dan kreatif jatidiri warga UKM, daripada setiap golongan pelajar, akademia, dan pengurusan dalam membangunkan modal insan ke arah mencapai misi dan visi sebagai universiti kebangsaan yang terkemuka diperingkat global.
Hasil Ilham: KHALID HASHIM, Pusat penerbitan dan Percetakan, UKM
0 Response for the "PENDEWASAAN UKM SEIRING USIA 40 TAHUN"
Post a Comment