Pada 08 mei 2010. Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) bersama-sama 35 orang pelajar dari pelbagai jurusan telah mengikuti rombongan PMUKM ke stadium Melawati Shah Alam untuk berhimpun bersama bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan regim zionis yang secara biadap menceroboh masuk ke tanah air palestin.




sejarah pencerobohan regim zionis ini bermula apabila menerusi perjanjian balfour 1917 yang di restui oleh british untuk memberi hak kepada kaum yahudi zionis ini satu tanah di bumi palestin bagi dijadikan negara. perjanjian ini disokong penuh oleh amerika syarikat. sejarah membuktikan bahawa eropah melalui British dan Amerika Syarikat "menghalalkan" semua bentuk jajahan dan tindakan yahudi terhadap palestin.




sejak penjajahan itu yahudi berusaha seboleh mungkin untuk mengusir dan melakukan pembersihan etnik terhadap bangsa palestin. mereka mengurung rakyat palestin dengan mendirikan tembok-tembok batu dan menjadikan rakyat palestin terpenjara di bumi sendiri. penjara terbuka terbesar di dunia ini menghalang semua bentuk pertolongan kepada rakyat palestin yang memerlukan.




sebenarnya isu palestin ini menjangkaui isu keagamaan. ianya merupakan isu kemanusiaan yang wajar diperjuangkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai hati dan perasaan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. tentera zionis menembak kanak-kanak dan ibu-ibu yang sememangnya tidak mampu melawan mereka hanya untuk memastikan bangsa palestin terus terkubur bersama negara mereka yang lara.




rombongan PMUKM ke Perhimpunan Perdana Palestin ini juga ingin menunjukkan bahawa warga UKM bersama-sama dalam memperjuangkan bumi palestin yang terus bermandi darah. rombogan diketuai oleh Saudara Mohd Kamal bin Ali Setiausaha Agong merangkap Exco Kerohanian PMUKM selaku Ketua Pengarah Rombongan dan turut disertai oleh Presiden PMUKM saudara Mohd Hamzah Zainul Abidin.

1 Response for the "ROMBONGAN PMUKM KE PERHIMPUNAN PERDANA PALESTIN"

  1. salam palestin,,semoga semangat remaja Palestin mampu ditiru,,yg penting berjuang untuk ALLAH S.W.T.

Post a Comment