::SALAM PMUKM::
14 MEI 2010, KHAMIS - PMUKM terus menjalin hubungan baik dengan Jabatan-jabatan pentadbiran universiti. Terkini, kunjungan ke Wisma Aman, Bahagian Keselamatan telah diadakan. Selain merapatkan hubungan, agenda memperjuangkan kebajikan mahasiswa/i turut diutamakan. Pertemuan ini melibatkan rombongan PMUKM yang diketuai oleh saudara Harikrishnan, dan pihak Wisma Aman seramai 9 0rang yang diketuai oleh Mejar (B) Houssaini.
Perbincangan dimulakan dengan sedikit pengenalan mengenai Unit Keselamatan dan suai kenal barisan PMUKM dan kakitangan Unit Keselamatan.
Antara perkara yang menjadi topik perbincangan adalah mengenai kes kecurian yang kian menjadi-jadi di kolej-kolej kediaman, kes saman dan usaha penambaikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi warga UKM.
Untuk pengetahuan semua, Unit Keselamatan terdiri daripada 6 bahagian, iaitu
- Bahagian Pentadbiran
- Bahagian Operasi
- Bahagian Siasatan
- Bahagian Lalu Lintas
- Bahagian Tindakan Khas
- Bahagian Memadam Kebakaran
Berkaitan saman, Unit Keselamatan mempunyai hak dalam mengeluarkan saman kepada mereka yang tidak mematuhi undang-undang dari segi etika pemakaian kad matik ataupun lalu lintas. Unit Keselamatan juga memperingatkan kepada pelajar tahun satu agar tidak membawa kenderaan persendirian. Sehubungan itu, mahasiswa/i UKM diminta agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan tatacara yang telah dibuat.
PMUKM telah pun menyuarakan suara mahasiswa/i yang membuat aduan mengenai tindakan Unit Keselamatan yang lambat, tidak cekap, dan efisien. Berikut merupakan respons Mejar Houssaini.
"kebanyakkan pelajar terus menghubungi pihak polis sekiranya berlaku kejadian seperti kecurian. Dimana dalam hal ini, Unit Keselamatan tidak mengetahui hal tersebut." Ulasnya lagi, "Unit keselamatan berperanan seperti polis untuk UKM. Mahasiswa/i perlu melaporkan apa yang berlaku terutama yang berkaitan dengan keselamatan kepada felo-felo kolej kediaman seterusnya kepada Unit Keselamatan."
"Kesedaran mengenai keselamatan perlu timbul dari dalam diri setiap individu itu sendiri, dan tidak hanya bergantung harap pada pihak keselamatan semata-mata. Cegah sebelum ianya terjadi adalah lebih baik. Menekan dan memfokuskan konsep keselamatan dari dalam ke luar, dimana keselamatan dari akar umbi dari dalam diri harus diutamakan, seterusnya berkembang kepada keselamatan sekeliling dan seterusnya ke peringkat yang lebih besar. " tambah Kapten Rafis.
"Untuk mengawal lebih kurang 15000 pelajar tidak termasuk pekerja UKM adalah tanggungjawab Wisma Aman. Untuk mengawal jumlah sebenar ini dengan kekuatan anggota dalam lingkungan 200 orang adalah tidak di luar keterbatasan sebenarnya," ulas En Shah.
" Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan demi keselamatan dan kesejahteraan semua" ulasnya lagi.
Antara cadangan penambahbaikan ialah mewujudkan rukun tetangga disetiap kolej kediaman selain menambahbaik sistem yang sedia ada dan mengadakan kempen-kempen mewujud dan meningkatkan kesedaran.
Pihak PMUKM dan unit keselamatan menggesa agar semua mahasiswa/i UKM menyimpan no tel keselamtan dalam telefon bimbit masing-masing.
03-89214666
03-89215074
Segala aduan dan respons Keselamatan juga boleh dibuat terus kepada saudara Rasydan (Exco Prasarana, Keselamatan, dan Pengangkutan), di :-
emel : rasydanpmukm@gmail.com
no. tel : 013-2509846
emel : rasydanpmukm@gmail.com
no. tel : 013-2509846
0 Response for the "LAWATAN KERJA KE WISMA AMAN (UNIT KESELAMATAN)"
Post a Comment