Dimaklumkan bahawa Gamuda Berhad akan mengadakan sesi ceramah kerjaya di UKM. Antara perkara lain yang akan menjadi topik di dalam sesi tersebut ialah peluang kerjaya yang terdapat di Gamuda Berhad. Semua pelajar FKAB, terutama pelajar tahun akhir adalah dijemput hadir. Dimohon bantuan untuk memaklumkan kepada semua pelajar bahawa mereka perlu mendaftar kehadiran mereka ke sesi ini dengan menghantar e-mail keukmphi@gmail.com berserta nama dan nombor matriks.

Tarikh :
23 Mac 2010
Tempat : DK43.103, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh
Masa : 2:00 petang - 4:00 petang

0 Response for the "Gamuda Berhad Career Talk"

Post a Comment