PEKELILING AKADEMIK BIL. 8/2010
Semua Pelajar Program Ijazah Pertama
Saudara/i,
PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2010-2011 DAN PENILAIAN
PENGAJARAN KURSUS SEMESTER 2, SESI AKADEMIK 2009-2010
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita sekiranya pelajar program Ijazah Pertama membaca
dengan teliti pekeliling ini dan mengambil tindakan seperti berikut:
1. Pelajar hendaklah menggunakan Pengenalan dan Katalaluan (NPP) masing-masing
bagi mencapai dan menggunakan laman web http:www.ukm.my/smpweb. Pelajar
adalah dinasihatkan supaya tidak mendedahkan NPP masing-masing untuk
mengelakkan timbul sebarang masalah dikemudian hari;
2. Sebelum Pendaftaran Awal dibuat semua pelajar adalah disyaratkan membuat
penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester semasa melalui laman web
yang sama mulai 15 Mac 2010;
3. Pendaftaran Awal Kursus Semester 1 Sesi Akademik 2010-2011 akan diadakan pada
22 Mac hingga 11 April 2010 (tiga minggu) melalui laman web
http:www.ukm.my/smpweb;
4. Pendaftaran Awal adalah diwajibkan kepada semua pelajar program Ijazah Pertama
KECUALI pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian. Bayaran PTPTN akan
ditahan dan denda sebanyak RM15.00 akan dikenakan jika pelajar gagal membuat
Pendaftaran Awal pada tempoh yang ditetapkan. Pelajar yang tidak membuat
Pendaftaran Awal hanya dibenarkan membuat Pendaftaran Kursus Semester 1 Sesi
Akademik 2010-2011 pada 12 Julai 2010;
5. Pendaftaran kursus ini tidak mempunyai had pelajar. Proses pemilihan tertakluk
kepada fakulti masing-masing untuk menentukan pelajar yang layak mengikut
sesuatu kursus berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan;
Bahagian Pengurusan Akademik Academic Management Section
6.
Semakan keputusan pemilihan Pendaftaran Awal kursus boleh dilakukan mulai 3 Mei
2010;
7.
Perlu diingatkan bahawa pendaftaran sebenar kursus Semester 1 Sesi Akademik
2010-2011 adalah tertakluk kepada keputusan peperiksaan semester sebelumnya;
Jika menghadapi sebarang masalah mengenai perkara di atas, sila emailkan kepada
smpweb@ukm.my atau akad@ukm.my atau datang sendiri ke kaunter Bahagian Pengurusan
Akademik / Fakulti untuk tindakan selanjutnya.

Sekian. Terima kasih.

“KUALITI TERAS KECEMERLANGAN”

Yang benar,

KIFTIAH ABDUL RAZAK

Timbalan Pendaftar (Akademik)
Bahagian Pengurusan Akademik

b.p. Timbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa)
s.k
-Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa
-Timbalan Pengarah
Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat


-Dekan
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina


-Dekan
Fakulti Pendidikan


-Dekan
Fakulti Pengajian Islam


-Dekan
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan


-Dekan
Fakulti Pergigian


Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Telefon: +603-8921 4471/4472/5337/3894/5038/5054/5945 Faksimili: +603-8925 0662 E-mel: akad@ukm.my
Laman Web: http://www.ukm.my

0 Response for the "Pekeliling Akademik Pendaftaran Awal Kursus"

Post a Comment