::SALAM PMUKM UNTUK SEMUA::


Skim Tabung Kebajikan Pelajar diwujudkan untuk memberi sumbangan kepada pelajar yang meninggal dunia. Selain daripada itu sumbangan juga diberikan kepada pelajar yang menerima rawatan di hospital kerana sakit atau kemalangan dan pelajar yang terlibat dalam kes-kes yang diperuntukkan oleh skim tersebut.

PENGENALAN

1.0 KEMALANGAN DAN KEMATIAN

1.1 PELAJAR : RM 2 500
DOKUMEN YANG DIPELUKAN
  • salinan kad matrik/kad pengenalan
  • salinan permit pengkebumian
  • salinan sijil kematian
  • salinan sijil laporan perubatan
  • permohonan boleh dibuat oleh Penolong Pendaftar UKP/Fakulti/waris
1.2 IBU BAPA: RM 400
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • salinan kad matrik/kad pengenalan
  • salinan permit pengkebumian ibu bapa pelajar
  • salinan sijil kematian

1.3 SUAMI/ISTERI/ANAK: RM 400
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • salinan kad matrik/kad pengenalan pelajar
  • salinan permit pengkebumian
  • salinan sijil kematian
1.4 MASUK WAD
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • salinan kad matrik/kad pengenalan pelajar
  • salinan surat akuan masuk/keluar hospital
  • salinan laporan polis

2.0 KES-KES KHAS
Kes-kes khas kadar sumbangan ditentukan oleh Jawatankuasa TKP. Kes-kes khas pelajar yang terlibat dengan:
  • Kebakaran
  • Banjir
  • Kecurian
  • Rawatan Perubatan yang tidak ditanggung oleh skim kesihatan pelajar
  • pembelian alat bantuan hidup
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SKIM TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR (TKP)

1.0 Bagi setiap permohonan perlu mengisi borang TKP dalam 4 salinan
2.0 Bagi kes 1.2,1.3 dan 1.4 pelajar Sabah/Sarawak akan mendapat tiket kapal terbang pergi
dan balik kelas ekonomi.
3.0 Bagi kes-kes khas, perlu sediakan surat permohonan beserta latarbelakang keluarga,laporan polis atau laporan kesihatan.

KELAYAKAN
Semua pelajar UKM yang berdaftar dan sedang mengikuti pengajian diperingkat Ijazah Pertama di UKM

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Sila daptkan di:
Unit Kebajikan Pelajar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Paras4, Bangunan PUSANIKA
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi,Selangor

0 Response for the "SKIM TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR"

Post a Comment