:SALAM PMUKM untuk semua:


22/02/2010,Isnin- Saudara Daniel, Naib Presiden 1 PMUKM sesi ini, yang merupakan pelajar Fakulti Ekonomi & Perniagaan telah mendapati bahawa penghawa dingin di bilik seminar FEP tidak berfungi dengan baik. Lantaran masalah ini yang mampu mengganggu tumpuan pelajar dek kerana suasana yang panas, Saudara Daniel, bersama-sama Saudari Hana, Exco Informasi & Penerbitan PMUKM telah bertemu dengan pihak pentadbiran FEP bagi mengenengahkan permasalahan ini.

Pihak MPP PMUKM dimaklumkan bahawa ketidakfungsian penghawa dingin disebabkan oleh keadaan cuaca yang panas dan kurang bekalan air kepada sistem penghawa dingin hingga menyebabkan ianya rosak dan tidak berfungsi dengan baik. Pihak MPP PMUKM mengambil inisiatif dengan memohon kepada pentadbiran FEP agar mengambil tindakan yang sewajar dalam masa yang singkat. Pihak pentadbiran memberitahu bahawa, masalah ini akan menambil masa lebih kurang 3 minggu untuk diselesaikan.
Dek kesungguhan MPP yang merangkap mahasiswa FEP Saudari Hartini, Saudara Wong dan Saudara Alvin turut turun padang bagi menyelesaikan masalah ini bersama dan tidak jemu untuk mengikuti perkembangan penyelesaian masalah ini.
Akhirnya, atas dedikasi dan kerjasama semua pihak bagi mengatasi masalah ketidakfungsian penghawa dingin telah diatasi. Kini, pelajar FEP mampu memberi tumpuan yang lebih dan mewujudkan suasana pempelajaran yang lebih berkesan. TERIMA KASIH kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

0 Response for the "PMUKM@ FEP"

Post a Comment