Tajuk:
Lawatan Mengejut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ke Kolej Keris Mas Mengenai Isu Air.
Tempat: Kolej Keris Mas
Tarikh: 3 March 2010
Masa: 12.00 tengahari

Informasi: Masalah ketiadaan air yang melanda Universiti Kebangsaan Malaysia telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak menerusi Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, YB Senator Datuk T. Murugiah. YB Timbalan Menteri telah mengadakan satu lawatan mengejut ke Kolej Keris Mas hasil desakan kuat JAKSA bersama PMUKM sesi 2009/2010 yang terus memperjuangkan kebajikan pelajar. *Rujuk Dasar Pertama PMUKM di dalam Ucapan Dasar Presiden PMUKM.Hasilnya : JAMINAN bahawa masalah ketiadaan air ini takkan berulang dalam tempoh seminggu ini oleh pihak YBTM, SYABAS, JPP dan UKM menerusi sidang media. InsyaAllah, pihak PMUKM dan JAKSA terus bersama-sama dalam memperjuangkan kebajikan pelajar. PMUKM sentiasa terbuka menerima semua aduan daripada pelajar tak kira apa isu kerana kebajikan sentiasa menjadi keutamaan PMUKM.-sumber Jaksa KKM & Aspirasi UKM.








0 Response for the "PMUKM @ Kolej Keris Mas (Air Oh Air)"

Post a Comment