Tajuk: Malaysia In Space:Dreams Are Possible.
Tempat: Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh (KTAMS)
Masa: 2.30 petang
Tarikh: 3 March 2010

Informasi: Bertempat di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, berlangsungnya ceramah yang disampaikan oleh Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Negara. Tetamu kehormat yang hadir pada hari itu ialah Ybhg Prof. Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali, Director of ANGKASA.Turut dijemput untuk menghadiri ceramah ini adalah tiga buah sekolah yang berada di sekitar lembah klang iaitu SRK Jalan 3, SRK Jalan 4 dan SRK Bandar Tun Hussein Onn. Ceramah ini dianjurkan oleh Institut Sains Angkasa(ANGKASA).

Ceramah ini telah memberi sedikit sebanyak pengalaman-pengalaman baru kepada pendengar mengenai angkasa lepas. Terdapat juga sesi pertanyaan soalan. Dimana beberapa soalan yang bernas telah diajukan kepada angkasawan negara. Soalan-soalan yang ditanyakan banyak berkisar kepada pengalaman dan pencapaian Dato' Dr Sheikh Muszaphar.Dengan pengalaman yang diperolehi melalui ceramah ini, mahasiswa UKM juga bisa berusaha untuk menjadi seorang angkasawan. Kehadiran barisan PMUKM iaitu saudari Nur Hana, saudari Hartini & saudari Suriani ke ceramah ini menunjukkan bahawa PMUKM 2009/2010 peka terhadap perkara yang berlaku sekitar UKM dan menyokong 100% segala aktiviti yang berlangsung di UKM.

0 Response for the "PMUKM @ Ceramah Bersama Angkasawan Negara"

Post a Comment