::Salam PMUKM untuk SEMUA::


11/03/10,Khamis-Barisan Majlis Perwakilan PMUKM yang terdiri dari Saudara Hazwan,Saudara Rasydan, Saudari Hartini serta Saudari wartawan PMUKM telah menziarahi Saudara Luke Kenny anak Doring yang terlibat dalam satu kemalangan di Hospital Serdang . Menurut, wartawan PMUKM yang hadir bersama MPP PMUKM keadaan Luke kini beransur pulih. Luke merupakan pelajar tahun satu, Fakulti Pendidikan TESL, dan mendiami Kolej Ungku Omar. Luke mengalami luka teruk pada luaran dan mengalami pendarahan dalaman. Mengikut cerita Luke, beliau kejadian itu berlaku pada Jam 3.oo petang dijalan diantara persimpangan Kolej Rahim Kajai dengan Kolej Dato Onn. Beliau sangat bersyukur dan berterima kasih kepada individu yang ada telah menolong beliau ketika itu. Ibu bapa Luke telah diterbangkan dari Sarawak, memandangkan keadaan Luke yang agak serius pada awalnya.Pihak PMUKM mendoakan agar Luke cepat sembuh, dan dapat mengikuti pelajaran seperti biasa.

PESANAN DARI EXCO PRASARANA,KESELAMATAN&PENGANKUTAN::
Kepada penunggang motosikal dan pengguna jalan raya yang lain, hati-hati ketika menunggang motosikal dan menggunakan jalan raya. Sesungguhnya malang tidak berbau.
Sebarang masalah berkaitan perkara diatas bolehlah berjumpa terus dengan Saudara Rasydan,Exco Prasarana,Keselamatan & Pengankutan.

"Hati-hati ketika memandu, ingatlah orang tersayang" & "Biar lambat asal selamat"

p/s:: gambar akan diupload dalam masa yang terdekat.

0 Response for the "PMUKM@HOSPITAL SERDANG"

Post a Comment