1) Kursus yang ditawarkan telah mencapai had bilangan pelajar/ penuh sedangkan masih ramai pelajar belum mendaftar kursus berkenaan.
2) Permintaan supaya jumlah kursus tidak dihadkan maksima 3 kursus sahaja.
Berikutan aduan tersebut, MPP yang diwakili oleh Muhammad Syafiq (MPP Umum) dan Wan Ahmad Fahmi (MPP Fpend) bertemu dengan pegawai Bahagian Pengurusan Akademik untuk membincangkan hal tersebut.
Justeru, jawapan yang diberikan oleh BPA adalah seperti berikut :
1) Pelajar hendaklah merujuk kepada fakulti atau pusat di mana kursus tersebut ditawarkan (cth: fpend, ppu etc). Sekiranya mendapat persetujuan pihak tersebut, maka mereka (baca:fakulti/pusat) akan menambah kuota pelajar atau pelajar dibenarkan untuk mendaftar secara manual.
2) Merujuk kepada jumlah kursus pula, maksima 3 kursus dalam tempoh 7 minggu pada semester 3 adalah relevan. Dalam tempoh tersebut, pelajar bukan sahaja perlu menghadiri kuliah tetapi juga perlu menyiapkan pelbagai tugasan. Oleh itu, sekiranya pelajar mengambil lebih daripada 3 kursus, dikhuatiri jadual terlalu padat seterusnya membebankan pelajar.- sumber pm-ukm.blogspot.com
:: Salam PMUKM ::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response for the "Isu Pendaftaran Semester 3"
Post a Comment