10/3/2010,Rabu- Majlis Perwakilan Pelajar UKM terdiri daripada Ou Yong Koh Beng dan Mohd Kamal Ali telah mengadakan sesi ramah mesra dan soal jawab bersama-sama pelajar dari Fakulti Undang-Undang. Antara perkara yang di suarakan mahasiswa/i FUU adalah:

  • biasiswa bank negara,JPA dan lain-lain adalah lambat.
  • lampu jalan depan stadium &KDO mengelirukan dan menyebabkan banyak kemalangan berlaku sejak akhir-akhir ini. Ketinggian lampu mengelirukan.
  • KKM & ZA'BA selalu tiada air.
  • masalah anjing berkeliaran dekat kawasan kolej
  • Bendahari: ada caj tambahan setiap kali hujung semester.
  • masalah kafeteria di FUU: pekerja tidak mesra alam, tempat duduk tidak cukup.
  • program kolej yang bertembung dengan waktu kuliah.
  • pengajian siswazah: yuran perlu di bayar pada minggu pendaftaran pengajian siswazah mintak dipanjangkan tempoh)
  • mobilti pelajar kurang publisiti
  • perpustakaan: 1 buku di renew banyak kali sehingga mahasiswa/i lain tidak boleh pinjam
  • kemudahan fakulti: Paper Logic
  • Yuran Kolej tidak seragam dan parking susah
  • Program Fakulti bertembung antara tiga(3) persatuan utama di FUU.
Dari PMUKM, jutaan terima kasih diucapkan kepada mahasiswa/i FUU atas komen dan cadangan yang telah dikemukan. Pihak PMUKM akan bekerja untuk masalah yang telah diutarakan dan berjanji akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik untuk semua. Hadir bersama Saudari Hartini, Exco Hal Ehwal Siswi & Saudara Hana, Exco Informasi & Penerbitan.

0 Response for the "PMUKM@FAKULTI UNDANG-UNDANG"

Post a Comment