8/3/2010-Barisan PMUKM yang diketuai oleh Saudara Mohd Hamzah selaku Presiden PMUKM sesi ini besama MPP lain, Saudara Hazwan, Saudari Suriani, Saudari Hartini dan Saudari Hana telah menziarahi Saudari Zaida Che Bali yang merupakan pelajar tahun 2 Fakulti Undang-undang dan juga menginap di Kolej Burhanuddin Helmi yang disuspek denggi dan TB di Hospital Kajang.
Kini penyakit beliau masih dalam kajian Doktor. Usaha untuk menukarkan Zaida ke Hospital di Terangganu ( rumah keluarga) telah di usahakan. Nasihat dan kata-kata perangsang terus ditiupkan oleh MPP PMUKM agar Zaida terus kuat dan tabah. Kami barisan PMUKM terus mendoakan kesejahteraan Zaida. Semoga cepat sembuh.Terima Kasih kepada semua yang prihatin terhadap mahasiswa/i UKM yang kurang bernasib baik.
*gambar ketika di hospital akan di upload kemudian kerana adalah masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan*
0 Response for the "PMUKM@HOSPITAL KAJANG"
Post a Comment