:: Salam PMUKM::

22/Mac/2010 - Pengakreditasi UKM kearah INSTITUSI SWA-AKREDITASI melalui Audit Institusi MQA 2010 telah dijalankan di Bilik Bankuasi pada Jam 1-2 petang. Proses ini telah dijalankan oleh 9 orang ahli panel MQA terhadap mahasiswa/i UKM yang terdiri daripada pelajar yang mengikuti ijazah sarjana dan pelajar yang mengikuti program Master dan PhD yang mana merupakan pelajar antarabangsa.

Objektif Audit Institusi adalah untuk menilai kemampuan sesuatu institusi dalam mengendalikan sistem pendidikan secara menyeluruh mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) serta piawaian yang ditetapkan dalam kod-kod amalan untuk akreditasi program dan audit institusi yang dibangunkan oleh MQA.

Penganugerahan status Institusi Swa - Akreditasi kepada UKM akan menandakan UKM diiktiraf sebagai mempunyai sistem jaminan kualiti dalaman yang utuh maka UKM akan diberikan autonomi dan keistimewaan tertentu dalam pengurusan program pengajian.

Kod Amalan Jaminan Kualiti

0 Response for the "PMUKM@MQA"

Post a Comment