Sebelum ini seluruh warga UKM telah dimaklumkan dengan ketiadaan bekalan elektrik selama 10 jam iaitu bermula jam 10 pagi hingga 8 malam pada 7 Mac 2010(Ahad). Memandangkan pelbagai program akan berlangsung pada tanggal 7 Mac 2010 ini seperti Makan Malam Fakulti Ekonomi & Perniagaan,KAPREZA serta memandangkan nasib pelajar tahun akhir yang bertungkus lumus menyiapkan tesis masing-masing pada hujung minggu, PMUKM melalui Saudara Mohd Rasydan Mohd RAis,Exco Prasarana,Keselamatan & Pengangkutan mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak TNB untuk memohon agar masa penyelenggaraan elektik di UKM di pendekkan.
4/Mac/2010:: Saudara Rasydan telah menghubungi TNB cawangan Shah Alam bagi membincangkan mengenai masa penyelenggaraan elektik di UKM. Melalui Cik Komal, beliau memaklumkan kepada Saudara Rasydan, pihak TNB akan memjalankan penyelengaraan pada jam 8 pagi hingga 1 petang (seperti yang telah diwar-war kan dalam FACEBOOK dan BLOG)
Permasalahan mula timbul apabila selepas jam 1 petang, bekalan elektrik masih belum disambungkan kepada warga UKM.
Rentetan daripada perkara itu, Saudara Mohd Rasydan Mohd Rais bersama Saudara Mohd Firdaus Pozi@Rozi, Exco Latihan & Kepimpinan bertemu dengan dua orang jurutera TNB di tempat penyelenggaraan berlaku iaitu Encik Jasmi dan Encik Yusof yang bertanggungjawwab dalam penyelenggaraan ini. Selain itu, Saudara Rasydan turut menghubungi Cik Komal berhubung perkara ini.
Menurut Encik Jasmi,"kami mendapat arahan daripada pihak atasan untuk memulakan operasi penyelenggaran pada jam 8 pagi". Manakala menurut Cik Komal, "setibanya pihak TNB di tempat penyelenggaraan (belakang JPP @ bangunan Main Power Supply) pintu masih berkunci menyebabkan pihak TNB tidak dapat melakukan penyelenggaraan pada masa yang dijanjikan. Pihak kami cuba menghubungi pihak UKM untuk mendapat penjelasan memgenai kelewatan itu, dan pihak kami hanya dimaklumkan oleh pihak UKM kerja-kerja penyelenggaraan hanya akan bermula pada jam 10.00 pagi", tambahnya lagi.
Pihak PMUKM seterusnya mendapatkan maklumat dan penjelasan dari pihak UKM sendiri.
Menurut Encik Zul, Jurutera bahagian penyelenggaraan UKM dari JPP, beliau memaklumkan "bukan hanya pihak TNB yang terlibat dalam operasi penyelenggaraan tetapi pihak JPP UKM turut terlibat". Katanya lagi, "pihak kami mendapat arahan dari pengarah untuk memulakan proses penyelenggaraan pada jam 10.00 pagi. "
Jika di kaji semula, masa yang diperuntukan untuk proses penyelenggaraan hanyalah 6 jam dan 15 minit (10 pagi-4.15 petang) berbanding 10 jam sebelum ini.
Walauapapun, pihak PMUKM menyusun jari sepuluh memohan maaf diatas segala informasi yang telah diberikan dan permasalahan yang telah timbul yang tidak disengajakan.
hidup abg adan.. daush...cube sedaya upaya menjaga kebajikan pelajar ukm....:)
.:late better than never:.
wani : insyaAllah. Saya cuba sehabis baik. terima kasih atas sokongan. :)
Shoein : hehe. Kami akan cuba menjaga kebajikan mahasiswa dengan sedaya upaya. :)