::SALAM PMUKM::
Bangi, 21 Mac- Mesyuarat kali pertama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan pada 16 Mac 2010, jam 9.00 malam bertempat di bilik Gerakan HEP. Seramai 31 orang MPP mesyuarat ini. Mesyuarat dimulakan dengan aluan Speaker , Saudara Abdul Muin, dan seterusnya mengesahkan minit mensyuarat pembentukan jawatankuasa tertinggi PMUKM sesi 2009/2010.Mesyuarat kali pertama ini memfokuskan perkara berkaitan kebajikan. Dimana, tiga(3) exco kebajikan menerangkan mengenai portfolio masing-masing.
- Mohd Rasydan Mohd Rais- Exco Prasarana,Keselamatan & Pengangkutan
- Yong Yoon Kian- Exco Air,Tenaga & Komunikasi
- Nasiha Sakina- Exco Hal Ehwal Pengguna & Kesihatan (tidak hadir & bersebab)
Usul-usul adalah seperti berikut:
1) Mahasiswa/i yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital berdekatan dipindahkan ke HUKM sekiranya perlu
(Usul diterima dengan pindaaan)
2) Penambahan router di tempat-tempat kritikal untuk meningkatkan pencapaian internet serta servis berkala untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan internet.
(Usul diterima dengan pindaan)
3) Ketidakhadiran mana-mana MPP ke mesyuarat untuk membentangkan laporan gerak kerja perlu mencari wakil(dalam kalangan MPP) untuk pembentangannya dan setiap exco hendaklah memaklumkan perkembangan gerak kerja masing-masing kepada semua MPP.
4) PMUKM perlu menyediakan laporan kewangan perbelanjaan setiap aktiviti yang dijalankan oleh PMUKM bermula pada sesi 09/10 dan perlu dibentangkan kepada semua MPP pada akhir sesi.
Mesyuarat ditangguhkan pada masa yang akan diberi tahu kelak.
"MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI"
0 Response for the "PMUKM@MEETING KEDUA"
Post a Comment