:: Salam PMUKM untuk semua::


6/3/2010 - MPP seluruh IPTA telah berkumpul di ESSET bagi menghadiri perjumpaan Pra Majlis Perwakilan pelajar Kebangsaan (MPPK). Perjumpaan ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Seramai 24 orang ahli MPP UKM telah menghadiri perjumpaan tersebut.
Pelbagai slot telah disediakan oleh pihak penganjur. Program dimulakan dengan pengenalan MPP setiap universiti oleh Presiden dari IPTA. Selepas rehat, program diteruskan dengan perbincangan dalam kumpulan. Kami dipecahkan kepaada 7 kumpulan. Tujuan perbincangan adalah untuk mengenal pasti masalah yang boleh dibentangkan di Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi. Semoga ukhwah yang terjalin antara MPP IPTA akan terus berkekalan hingga akhir hayat.- sumber nurulhartini.wordpress.com

0 Response for the "PMUKM @ Kursus Pra MPPK"

Post a Comment